Tuesday, January 26, 2010

AJL 24 dan teori konspirasi antarabangsa


saban tahun anugerah juara lagu merupakan platform artis dan pengubah lagu serta penggarap lirik untuk membuktikan mutu karya seni mereka.AJL dilihat sebagai medium penilaian bakat artis-artis secara total bagi setiap tahun yang berbeza. namun AJL 24yang baru sahaja melabuhkan tirai beberapa tempoh yang lepas dilihat oleh sesetengah pihak yang tersedar dari aspek persembahan reka hias dan penyediaan pentas mempunyai makna yang tersirat.

AJL 24 juga telah direkodkan dalam akhbar tempatan kerana terdapat cerita paranormal ketika majlis sedang berlangsung. cerita seorang penonton yang tidak sengaja merakamkan identiti paranormal diatas alang studio telah memeranjatkan segelintir pihak yang tersedar.cerita bermula ketika seorang penonton merakamkan susuk tubuh yang berbungkus putih sedang berdiri diatas alang studio sambil melambai ke arah penonton.pada hematnya bahawa itu mungkin penari yang akan mengiringi persembahan Faizal Tahir selepas ini.setelah dua kali merakamkan gambar objek berkenaan, objek itu telah hilang pada kali ketiga cubaan untuk merakamkannya. dugaannya meleset kerana semua para penari Faizal Tahir berkostum hitam.adakah benda yang muncul ini hasil daripada ritual secara tak langsung yang dibut oleh artis-artis pad malam anugerah tersebut?.kalau benar, maka tepatlah jangkaan yang telah dibuat oleh seorang pengkaji bebas tentang pergerakan-pergerakan sulit yang tidak disedari oleh kebanyakan orang.sila klik disini untuk melihat imej tersebut.

reka hias pentas ketika Dato' Siti Nurhaliza membuat persembahan juga dipersoalkan kerana seni hiasannya terdapat ciri-ciri two pillar dan bentuk segi tiga piramid yang merupakan identiti bagi pergerakan masonic.

seterusnya lantai yang bercorak kotak hitam-putih atau checkered juga kedapatan ketika persembahan beberapa orang artis.ini juga telah menambah lagi persoalan.konsep checkered mat juga kelihatan di tali penyandang gitar beberapa artis berband.persoalannya, sengajakah mereka memakai kostum berkenaan atau mereka telah di 'mind control'?

kelihatan juga seorang artis wanita yang mengenakan persalinan gaun merah yang menyerupai konsep lady in red dengan penari yang berkonsepkan zaman firaun.sila klik disini untuk melihat gambarnya.

sila klik disini untuk mengetahui dengan lanjut maklumat yang berkaitan dengan 'secret society' atau 'hidden hand'

No comments:

Post a Comment