Monday, August 31, 2020

Reset: Satu Gerak Hati

Tepat pada masa pertambahan usia tahun ini aku fikir dan rasa gerak hati yang memaksa seluruh komponen badan bertindak untuk melakukan sesuatu. Ia adalah seperti tindakan "factory reset".
Perasaan yang bukan sahaja menyuruh ubah "habit" tiap hari, tetapi perasaan yang memaksa untuk cuci cara berfikir, cara mengurus masa, cara produktiviti pembelajaran setiap hari, cara membuat penilaian, cara kawal tekanan dan gaya hidup yang seimbang. 

Ia bukan proses tiba-tiba. Ia dorongan yang berkembang dan bertambah setiap ketika dari dahulu lagi. Tapi, aku kalah dengan "mindset" - TAKPE-

Pemikiran takpe ni sebab bagi aku kerana taknak stress dan serabut, tapi bila kerja dah tertangguh buat kita lagi serabut.

Tanpa kira waktu, idea untuk "improvement" tu selalu keluar tapi datang macam bersin yang bila ia berakhir, kita dah lupa. Takde tindakan susulan. Hal ini yang buatkan aku rasa aku terkurung dalam titik sama selama 10 tahun. Jelas sia-sia lagi banyak dari peluang yang dimanfaatkan.

Perasaan dan gerak hati kali ni yang kuat memaksa aku buang semua rutin negatif. Ia macam arahan yang dikeluarkan menyuruh untuk mula langkah pertama bagi semua gerak hati diatas. Situasi dimana kau tak tahu titik akhir langkah yang kau cipta tapi ada satu arahan yang paksa kau untuk -MULA-

Ya, lambat atau cepat tetap aku kena mula semula.


Sunday, January 5, 2020

wawasan 2020 #1

Tahun 2020, azam aku terhadap blog ni adalah untuk mula menulis semula. Ini tak lain tak bukan sebab nak asah kemahiran menulis sebelum sambung master.

Saturday, April 28, 2018

Had

aku rasa aku dah terkena penyakit melepaskan kemarahan terhadap seseorang kepada orang lain. sebenarnya aku confuse, dilemma, nak nampak perfect dalam satu masa.
aku tak faham kenapa pihak ni marah-marah aku tak tentu pasal, tak boleh nampak aku buat silap sikit.
lagi satu pihak aku tak faham kenapa dia buat macam tu. dia sepatutnya belong to someone but in same time kau melayan orang lain lebih berbanding that someone.
aku pun tak faham kenapa lagi satu pihak mengamalkan etika kerja yang terang-terang nampak hilang prinsip diplomasinya.
macam mana aku nak cakap dekat mereka semua yang aku ni ada had.itu je.

Sunday, April 8, 2018

pasca nuptial

17 Feb 2018

tarikh yang penting dalam hidupku.
moga diberikan kekuatan dan kudrat untuk menempuh cabaran hidup.
selamat.

Wednesday, October 11, 2017

lajur mendung

hari ni aku cuba start balik type dekat sini. hari ni cuaca agak mendung. baru lepas hujan pagi tadi but hari ni feels better. yet still struggling. untuk keep back on track. untuk cope with depression. untuk overcome self-confident yang faulty. oh tuhan....

Saturday, May 23, 2015

adat coolie

setelah lima hari bekerja keras fizikal dengan siapkan kerja on-site, dan mental yang terpaksa menghadap bambu boss dan customers, tiba hujung minggu untuk aku perah otak menghadap tugasan-tugasan 'keep in vacant' minggu sebelum ni. nasib class belum start lagi so selesaikan semua ni sebelum class start. aku dulu tersangat nak belajar how to manage time, tapi tak dapat-dapat. rupanya jawapan untuk persoalan aku tu adalah kesibukan sekarang. kau nak belajar kan?..kau belajar dari susah dulu...

kalau ikut jiwa putus asa memang aku anggap ini macam tak adil untuk diri sendiri, dengan aku sorang je yang kena tiap hari keluar pergi site balik sampai malam, dengan komitmen class, dengan komitmen peribadi lain, aku rasa sangat nk request tambahan masa. aku rasa nak jadi student full time balik, life time tu pergi class, balik class buang masa dengan kawan, pastu ada masa cukup nak main futsal, malam boleh tido lambat. dah. selamat tinggal masa kegembiraan zon selesa ketika study. selamat datang rutin yang memenatkan.

tapi, dari sisi positif, semua ni ajar aku mental kuat, cuba belajar bertolak ansur dan faham orang lain, dan sudah tentu belajar bahagi masa untuk segalanya dalam satu hari. kalau penat, buat jugak.adakan masa walau sekejap. entah ada orang lain yang lagi teruk dari ni.

dulu kerja tempat lama sangat selesa. kerja 8 jam tapi buat kerja pun paling teruk pernah buat cuma 4 jam je..kalau tak teruk?...tak sampai sejam dah siap. so selebihnya rehat. kerja macam ni memang best tapi pergi kerja tak buat kerja pun rasa serba salah jugak.

aku nak try sambung type blog balik nak tengok aku boleh buat ke tak.

Tuesday, June 3, 2014

outstation

nervous gila tunggu pukul 11:30 pagi nanti

first time kena hantar ke kk

macam2 tanggapan keluar dalam kepala otak aku

ape yang aku kena buat kat sane

boleh tahan ke 2 minggu kat sane

benda apa yang aku kena hadap dekat sane

cuma aku tau kena repair boat.dah tu je.

member tempat kerja ingat aku nak pergi makan angin

tapi,

dalam kepala otak aku pikir kerja yang berat tengah tunggu aku.