Monday, August 31, 2020

Reset: Satu Gerak Hati

Tepat pada masa pertambahan usia tahun ini aku fikir dan rasa gerak hati yang memaksa seluruh komponen badan bertindak untuk melakukan sesuatu. Ia adalah seperti tindakan "factory reset".
Perasaan yang bukan sahaja menyuruh ubah "habit" tiap hari, tetapi perasaan yang memaksa untuk cuci cara berfikir, cara mengurus masa, cara produktiviti pembelajaran setiap hari, cara membuat penilaian, cara kawal tekanan dan gaya hidup yang seimbang. 

Ia bukan proses tiba-tiba. Ia dorongan yang berkembang dan bertambah setiap ketika dari dahulu lagi. Tapi, aku kalah dengan "mindset" - TAKPE-

Pemikiran takpe ni sebab bagi aku kerana taknak stress dan serabut, tapi bila kerja dah tertangguh buat kita lagi serabut.

Tanpa kira waktu, idea untuk "improvement" tu selalu keluar tapi datang macam bersin yang bila ia berakhir, kita dah lupa. Takde tindakan susulan. Hal ini yang buatkan aku rasa aku terkurung dalam titik sama selama 10 tahun. Jelas sia-sia lagi banyak dari peluang yang dimanfaatkan.

Perasaan dan gerak hati kali ni yang kuat memaksa aku buang semua rutin negatif. Ia macam arahan yang dikeluarkan menyuruh untuk mula langkah pertama bagi semua gerak hati diatas. Situasi dimana kau tak tahu titik akhir langkah yang kau cipta tapi ada satu arahan yang paksa kau untuk -MULA-

Ya, lambat atau cepat tetap aku kena mula semula.


Sunday, January 5, 2020

wawasan 2020 #1

Tahun 2020, azam aku terhadap blog ni adalah untuk mula menulis semula. Ini tak lain tak bukan sebab nak asah kemahiran menulis sebelum sambung master.

Saturday, April 28, 2018

Had

aku rasa aku dah terkena penyakit melepaskan kemarahan terhadap seseorang kepada orang lain. sebenarnya aku confuse, dilemma, nak nampak perfect dalam satu masa.
aku tak faham kenapa pihak ni marah-marah aku tak tentu pasal, tak boleh nampak aku buat silap sikit.
lagi satu pihak aku tak faham kenapa dia buat macam tu. dia sepatutnya belong to someone but in same time kau melayan orang lain lebih berbanding that someone.
aku pun tak faham kenapa lagi satu pihak mengamalkan etika kerja yang terang-terang nampak hilang prinsip diplomasinya.
macam mana aku nak cakap dekat mereka semua yang aku ni ada had.itu je.

Sunday, April 8, 2018

pasca nuptial

17 Feb 2018

tarikh yang penting dalam hidupku.
moga diberikan kekuatan dan kudrat untuk menempuh cabaran hidup.
selamat.

Wednesday, October 11, 2017

lajur mendung

hari ni aku cuba start balik type dekat sini. hari ni cuaca agak mendung. baru lepas hujan pagi tadi but hari ni feels better. yet still struggling. untuk keep back on track. untuk cope with depression. untuk overcome self-confident yang faulty. oh tuhan....

Saturday, May 23, 2015

adat coolie

setelah lima hari bekerja keras fizikal dengan siapkan kerja on-site, dan mental yang terpaksa menghadap bambu boss dan customers, tiba hujung minggu untuk aku perah otak menghadap tugasan-tugasan 'keep in vacant' minggu sebelum ni. nasib class belum start lagi so selesaikan semua ni sebelum class start. aku dulu tersangat nak belajar how to manage time, tapi tak dapat-dapat. rupanya jawapan untuk persoalan aku tu adalah kesibukan sekarang. kau nak belajar kan?..kau belajar dari susah dulu...

kalau ikut jiwa putus asa memang aku anggap ini macam tak adil untuk diri sendiri, dengan aku sorang je yang kena tiap hari keluar pergi site balik sampai malam, dengan komitmen class, dengan komitmen peribadi lain, aku rasa sangat nk request tambahan masa. aku rasa nak jadi student full time balik, life time tu pergi class, balik class buang masa dengan kawan, pastu ada masa cukup nak main futsal, malam boleh tido lambat. dah. selamat tinggal masa kegembiraan zon selesa ketika study. selamat datang rutin yang memenatkan.

tapi, dari sisi positif, semua ni ajar aku mental kuat, cuba belajar bertolak ansur dan faham orang lain, dan sudah tentu belajar bahagi masa untuk segalanya dalam satu hari. kalau penat, buat jugak.adakan masa walau sekejap. entah ada orang lain yang lagi teruk dari ni.

dulu kerja tempat lama sangat selesa. kerja 8 jam tapi buat kerja pun paling teruk pernah buat cuma 4 jam je..kalau tak teruk?...tak sampai sejam dah siap. so selebihnya rehat. kerja macam ni memang best tapi pergi kerja tak buat kerja pun rasa serba salah jugak.

aku nak try sambung type blog balik nak tengok aku boleh buat ke tak.

Tuesday, June 3, 2014

outstation

nervous gila tunggu pukul 11:30 pagi nanti

first time kena hantar ke kk

macam2 tanggapan keluar dalam kepala otak aku

ape yang aku kena buat kat sane

boleh tahan ke 2 minggu kat sane

benda apa yang aku kena hadap dekat sane

cuma aku tau kena repair boat.dah tu je.

member tempat kerja ingat aku nak pergi makan angin

tapi,

dalam kepala otak aku pikir kerja yang berat tengah tunggu aku.

Thursday, May 1, 2014

learn to control yourself

bagaimana kita berinteraksi dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita, itu yang menentukan siapa sebenarnya diri kita

dan juga, bagaimana kita berinteraksi dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita, sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti tindakan dan pilihan kita dalam menghadapi masalah.

Sunday, April 27, 2014

semua kan indah

pejam sahaja mata
tarik nafas dalam-dalam
nikmati dan lalui saja hidup ini
semua akan indah...............................................akhirnya.



akhirnya indah

Saturday, August 31, 2013

30 August 2013

sesuatu yang baru aku pelajari hari ini.

tak semua benda yang kita hendak tu akan kita dapat.

belajarlah untuk melepaskan.

mungkin bukan rezeki kita kali ini.

mungkin akan ada yang lebih baik Allah dah sediakan untuk kita.

cuma tunggu masa je.

terus yakin.

bersabarlah.

kemanisan menunggu akan terasa juga.

# secalit peringatan untuk diri sendiri

Thursday, April 18, 2013

little positive thing

kadang-kadang momen-momen indah yang kecil mampu menjadi pemangkin semangat untuk kita terus berdiri dalam permainan dunia.

aku sendiri dulu memang pandang sebelah mata akan hal ni. ada orang pernah share yang bila kita hargai kejayaan dalam hari yang telah kita tempuh,walaupun kejayaan yang  kecil, ia mampu menghasilkan kejayaan yang besar.

mulai hari ni.aku akan cuba untuk recall balik apa kejayaan yang aku dah capai dalam satu hari. harap-harap ia dapat bagi aku kekuatan dan naikkan balik self-esteem aku.

on the other hand, cara ni sedikit sebanyak dapat ajar kita jadi hamba yang bersyukur.mudah-mudahan.


Wednesday, April 17, 2013

gagal hari ni, esok boleh cuba lagi.

bila kita tak dapat sesuatu yang kita hajati, takpe jangan risau...just chill....tenang...esok masih ada..boleh try lagi....

itulah ayat buat sedapkan hati yang aku selalu monolog bagi buang jauh-jauh rasa kecewa. hari ni aku balik agak lewat. maghrib baru sampai office. boleh kena diarrhoea. so decided to lepak kedai minum jap teh o pekat sugar free pelali cirit-birit. 

sebenarnye ade tujuan lain tu..alah boleh je balik rumah cepat-cepat pastu minum teh o pekat kat rumah..tapi saje je nak buat sebagai alasan kukuh. hehe... 

tapi.......macam biaselah....arghhh...kenape susah sangat?...ahh..lantaklah..fikir positif...esok masih ada...

balik rumah lagi bagus... 

Friday, March 29, 2013

28 march 2013

niari aku belajar benda baru...ada benda kita perlu tegas demi hak kita..ada benda kita perlu hormat dan jaga perasaan orang lain...jika kita korbankan hak kita demi nak jaga hati orang lain, so siapa yang nak jaga hati kita?..belum tentu orang lain nak jaga hati kita.


# kancil 660cc carb memang tak upaya nak tarik van 1.5 carb yang terbenam dalam tanah

Sunday, March 24, 2013

24 March 2013

setelah beberapa ujian yang aku lalui sejak kebelakangan ini, sedikit sebanyak dah ubah persepsi aku tentang diri aku sendiri. kadang-kadang kita dah susun cantik perancangan dan usaha. tapi ketentuan dan takdir tetap milik Allah. nak cakap aku diduga yang berat, aku yakin ada orang lain yang sedang diuji lebih berat dari aku. itulah benchmark atau penanda aras yang aku gunapakai.

kalau nak di ikutkan nafsu, kepala memang jem dok pikir pasal gaji yang tak cukup. aku mengaku. hidup aku terlampau banyak rungutan. dari rungutan-rungutan kecil itulah yang memberi impak besar dalam attitude  dan mind set aku.

aku perlu terus bersangka baik. terus pikir yang positif. kurangkan rungutan. sangka baik pada Allah. sekarang nampak semua payah tapi aku yakin ada "something special" untuk aku.

aku memang lambat dalam buat keputusan.aku terlalu banyak pikir implikasi pada hari akan datang tentang sesuatu pilihan yang aku ambil.

memang lambat gila.


Tuesday, February 5, 2013

05. February 2013

Bismillahirrohmanirrohim,

aku gagahkan diri untuk sambung kembali menaip. azam tahun ini aku nak belajar sentiasa bersangka baik dan ikhlas.

mudah-mudahan diberi semangat.

Wednesday, April 11, 2012

jangan cepat melenting

pernah tak kita rasa marah akan sesuatu atau seseorang dengan tanggapan dia menjadi penyebab kita diheret kedalam masalah yang kita hadapi? sesuatu benda baru yang aku belajar hari ini. bila aku dalam situasi marah akan seseorang. menyalahkan seseorang. 100%. terkeluarlah semua jenis sumpah seranah baik dalam bahasa melayu malah bahasa omputih. kalau rasa nak marah ala-ala kemelayuan, pakai bahasa melayu. kalau nak rase upper class sket, kluar la yang F tu. adui manusia.. tapi bila kita tahu masalah yang dihadapi oleh orang yang kita marah sangat-sangat tu terase bersalah pulak. kita dah push dia, blame dia, provoke dia. last-last tahu dia ada masalah lagi besar dari masalah kita hadapi sekarang. cepat betul manusia melenting bila ada benda yang tak kena dengan dia. hidup ni memang jahat kawan. meamng jahat. kadang-kadang kita rasa tertindas tapi kalau tiada rasa ditindas atau diuji tu, kita tak rase erti sebenar kebahagiaan. apa itu nikmat yang kita rasa setiap hari ni. bila kita hadapi ujian, seharusnya tenang. jangan cepat melenting. jangan cepat sebut Fuaka, kena belajar lebih banyak bersabar. sebab, kita tak tahu esok lusa apa jadi pada diri kita pulak. mungkin rase dihargai, rase diperlukan, tidak ditipu lagi.... ;) itu cuma konklusi dangkal dan naif dari observation based on aku punya pengalaman yang tak seberapa ni.

Tuesday, March 27, 2012

my D-I-Y pavlova

this is my first ever do-it-yourself pavlova.

Akhirnya menjadi lah sket dari percubaan pertama yang takda rupa langsung...hehe..

Sunday, March 18, 2012

introspection

its been a while... thought that i wanted close this blog. ultimately b'cause, lack of time, mase aku kat rumah habis untuk berhibernasi je. since i got my designation in h&p calibration, (cewah, just lab asst jek). but, for some reasons, i must keep on writing typing. I've no reason to throw something in this entry but just to share about Muslims' thought nowadays. nak cakap yang aku dah cukup hebat dan warak tu taklah. tapi nak share ape yang aku baca dalam buku 7 formulas of excellent individuals karangan dr danial zainal abidin. absolutely superb!!. mungkin buku ni dah lame keluar tapi aku baru jumpa. ok berbalik pada benda nak share pasal secret behind the Golcanda Mine. ni salah satu nama tempat kat India. tempat tumpuan pelancong. dan juga salah satu lombong berlian.

 Asalnya tanah ni kepunyaan seorang penduduk bernama Ali Hafiz. well-known person with his richness. satu hari seorang datang berjumpa beliau bercerita perihal berlian. "kalau kau ade berlian sebesar ibu jari kau, kau boleh beli sebuah negeri. dan kalau kau ada lombong berlian, kau boleh control dunia."
kerana dek terpengaruh dengan tuntutan dunia itu, maka si Ali ni pun decided to start travel round the world. dan si Ali ni pun jual la semua kebun-kebun dan ladang-ladang dia bagi menampung perbelanjaan perjalanan dia.

selepas puas mencari di segenap pelusuk dunia, si Ali tak jumpa berlian yang dia cari. akibat terlalu frusted, dia ambil keputusan bunuh diri dengan mencampakkan dirinya ke dalam laut. Tamatlah riwayat seorang yang bernama Ali Hafiz.
sementara tu, satu hari owner baru orchards kepunyaan Ali Hafiz ni jalan-jalan meninjau aset yang baru dia beli. bila sampai di satu tebing sungai, die terkejut nampak pasirnya bersinar. setelah menunjukkan kepada orang yang lebih arif, ternyata ia berlian yang dicari-cari Ali Hafiz. Poor Ali Hafiz. dia rugi masa, tenaga, wang dan hidupnya mencari berlian yang sudah memang dia miliki.

jadi kesimpulannya, kebanyakkan kita umat islam sekarang macam si Ali ni. padahal Islam tu syumul (lengkap) tapi kita dok taksub dengan cara dan gaya orang lain. pastu bila ade orang share pasal agama sket, label orang itu gitu gini. tak nak bace ape yang dia share takpe kawan, tapi jangan kau perlekehkan kerja dakwah die. at least dia ada share benda yang ma'ruf. ok, ak pun dulu bole kate taksub la dengan brit-pop ni.fesyen dan gaye sume ak dok try tiru. tapi pikir-pikir balik dah kita dok tiru gaya depa k-pop apa suma, abes tu sapa nak tiru gaya kita? tak kan budak-budak k-pop nak niru gaya kita plak?
tolonglah kawan, tolong jangan perlekehkan orang buat kerja dakwah. dia pun taw dia tak sempurna, and dia sedar sebab dia tak sempurna, dia try nak baiki diri dia. mungkin kita belum sampai masa untuk sedar, harap kita sedar sebelum terlambat. kubur memang lain-lain tapi kalau kita dok meraung buat bising dalam kubur tu nanti, kacau ketenteraman jiran sebelah kubur kita pulak.

Saturday, November 5, 2011

Thursday, October 13, 2011

qurbanforlife.com

tak lame lagi nak masuk bulan haji. tak sabarnye nak tunggu time raya haji. raya terbesar dalam islam. jadi, aku nak share lah satu badan bukan kerajaan atau yayasan ni yang menguruskan ibadah qurban. nak taw camne nak join?.

first, sediakan rm 380:00
secondly, ade 6 care untuk membayar.
- datang sendiri ke pejabat Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia
- kiriman wang pos
- deposit langsung atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

     CIMB = 1422- 0000070-10-8 (pos/ fax kan borang slip ke 03-22881966)

- GIRO antara bank
- kad kredit/on9 (visa/mastercard)
- sukarelawan bertauliah Q4L


senangkan kawankawan?...jomla join. nak tahu lebih lanjut, bole pergi ke laman web qurbanforlife.com