badan rasa lemah.lemau.lembik
otak rasa kusut.kalut.serabut
mata rasa layu.kuyu.haru
kenapa malas ni kadang-kadang macam wabak akut? teruk sangat sampai tak boleh rasanya nak ubat. persekitaran melambangkan sikap anda. tengok sahaja keadaan bilik. koordinasi timur bilikku penuh dengan baju kotor. baju tak berlipat menghuni tilam kejungku. nilai sahaja keadaan bilik, sudah tahu betapa malasnya penunggu bilik 01. walhal banyak tugasan perlu diselesai. Gantt chart, latih tubi ilmu hisab kejuruteraan, kemas bilik, tapi sungguh tak bersemangat. wahai rajin, ku seru kau datang.........haha..
nota: hoi malas!!!..nyah kau dari hidupku...
“I write to give myself strength. I write to be the characters that I am not. I write to explore all the things I'm afraid of. ” Joss Whedon
Thursday, May 6, 2010
Wednesday, April 28, 2010
ruang untuk kamu, Edogawa.
ahoy kawan-kawan...
jika tidak keberatan, sila singgah di blog sahabat saya dan menjadi followersnya...
ini link nya....
from Semarang with love....
note: tiba2 teringat seseorang dari sana..muaaaaaaahhxs..
jika tidak keberatan, sila singgah di blog sahabat saya dan menjadi followersnya...
ini link nya....
from Semarang with love....
note: tiba2 teringat seseorang dari sana..muaaaaaaahhxs..
tentang subjektif hidup
hidup aku rasa mendesak
sesak, sebak, serak dalam benak
sukar resonansiku melontarkan
tersekat frekuensinya dicelah birat tertekan
suram resolusi pemandangan cahaya
hiba merebak disegenap minda
terusku papah jua sisa tenaga
mencari formula pelerai bahaya
berkali-kali aku lakar
solusi perjalananku yang sukar
desah nafasku sering terhimpit
didalam ruangan otak yang sempit
ku cuba juga bersabung nyawa
walau sakit sifat zahir dan raga
hanya pada Mu Tuhan tempatku bergantungan
janji Mu benar tiada keraguan
sesak, sebak, serak dalam benak
sukar resonansiku melontarkan
tersekat frekuensinya dicelah birat tertekan
suram resolusi pemandangan cahaya
hiba merebak disegenap minda
terusku papah jua sisa tenaga
mencari formula pelerai bahaya
berkali-kali aku lakar
solusi perjalananku yang sukar
desah nafasku sering terhimpit
didalam ruangan otak yang sempit
ku cuba juga bersabung nyawa
walau sakit sifat zahir dan raga
hanya pada Mu Tuhan tempatku bergantungan
janji Mu benar tiada keraguan
Sunday, April 25, 2010
sungai didasar lautan
mungkin sudah ramai mengetahui tentang keajaiban ciptaan Allah S.W.T ini.tapi walau bagaimana sudah telat sekalipun saya tetap ingin berkongsi dengan anda tentang salah satu kejadian yang sungguh indah telah dijumpai di Mexico. Maha Suci Allah yang telah menciptakan alamnya yang indah nian. sungguh kejadian ini telah termaktub dalam kitabNya sejak 1400 tahun yang lalu. dan hari ini telah terbukti bahawa kejadian ini benar-benar berlaku.
Saturday, April 24, 2010
Friday, April 23, 2010
friday's sun rise up

now; 5:01 a.m, i woke up. open my window. staring at the starry sky.hoping that the bright stars will mesmerize my sight. today, i got many things to do.after made some list, i continued my research, but...bored, fumble, headache. i'm try to make another work to make me stay until azan. currently, i'm always perform solah lately in last few days. so, i want to make some history today.haha.so, i start write the new-crapy entry (sorry if you hate to read my entry, i know your entry is the bestest.haha). today got many task to settle up. firstly, wake up my friends. then, take the assignment brief from Mr. Ilango. next, must show the questions survey of my engineering design group to Mr. Shahin, and must get confirmation from him. next, go to grocery to buy some kitchen's stuffs. today, i'll start to cook back.huhu. i dont know either i still remember how to slice the onion or not.haha.jokin'!. my friends ask me to cook at home for make some saving. we were planned this thing since January, but we faced some problems and difficult task that make our plan crap. the most important task, start doing your assignment Man!! due date is around the corner!!. you already got two assignment to fulfill by this month. of course another one you will collect this morning. urghh!! but nevermind. just your friend said "ini barulah life!!".... owh yeah!!, this is life, this is my life, my way and i must plan it properly and clearly. yes you can. suddenly, just remember one of my favourite cartoon, Bob the builder's quote; can you fix it?! yes we can!!..haha..oklah geng, good luck for today. hope today is better than yesterday.
pic. source; google
Wednesday, April 21, 2010
budaya membaca
Membaca merupakan asas yang penting dalam proses pembelajaran selain menulis, mendengar dan bertutur. dewasa kini, ramai sudah menganggap membaca semacam aktiviti yang "membuang masa".ini kerana pada tanggapan mereka, lebih baik mereka melayari medium internet kerana medium ini dilihat sebagai pemacu dalam pembangunan ilmiah. seiring dengan kemajuan teknologi jalur lebar tanpa sempadan, kita sering melihat di tempat-tempat awam seperti perhentian bas, restoran makanan segera waima perpustakaan sekalipun, rakyat Malaysia lebih banyak mengisi masa mereka dengan melayari internet berbanding membaca buku. ok, apakah yang mereka cari ketika melayari internet? mencari bahan bacaan ilmiah baru? atau menghabiskan masa dengan medium sosial "mukabuku" sambil bermain games farmville, bagi ikn makan, menjawab kiuz rupa paras bakal suami/isteri kita dan sebagainya. mungkin masih boleh diterima akal lagi sesetengah rakyat yang mencari bahan bacaan baru di internet daripada yang hanya sibuk menghabiskan masa merenung "halaman rumah-mukabuku" sambil menunggu komen baru di kotak notifikasi. kajian telah dilakukan terhadap beberapa bangsa didunia perihal purata bilangan buah buku yang dibaca oleh mereka dalam setahun. saya agak terkejut pabila mengetahui bahawa bangsa Jepun menduduki carta teratas senarai bangsa yang rajin membaca. mereka mencatat purata tidak silap 20 ke atas buah buku (jika salah fakta ini, betulkan saya) dalam masa setahun. ini diikuti dengan bangsa Eropah purata 10 buah buku setahun. rakyat Malaysia mencatatkan purata hanya 2 buah buku setahun. dan bangsa Arab kira-kira 1.8/0.8 buah buku setahun. jenis bahan bacaan ditentukan termasuk majalah, jurnal, novel, surat khabar dan ensklopedia. bayangkanlah bangsa Jepun yang sedia maklum maju, masih mengamalkan budaya membaca. mereka percaya, dengan membaca, mereka dapat menangkap input-input dari bahan bacaan dengan lebih berkesan. saya agak sedih kerana rakyat Malaysia yang rata-rata muslim, tidak menyahut seruan membaca. sedangkan kepentingan membaca ini telah termaktub dalam Kalam suci Al-Quran; surah Al-'Alaq. sedangkan membaca merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. tapi bangsa yang majoriti non-muslim pula yang mengamalkannya. mungkin soalan kenapa anda tidak rajin membaca diajukan kepada golongan remaja dan belia, jawapan yang dilontarkan mesti " kita kan sudah hidup dalam zaman IT, kenapa perlu guna method lapuk untuk dapat maklumat?" kepala otak awak!, sedangkan negara maju pun menerapkan budaya membaca sejak dari kecil. percayalah, bangsa membaca adalah bangsa berilmu. kita juga sering lihat di media cetak dan elektronik, iklan kempen membaca sering diwacanakan, namun, bagaimana sambutan rakyat kita?..
nota: agak-agaknya 2 buah buku yang rakyat Malaysia baca dalam setahun buku apa? majalah URTV kot tak pun kreko. tapi orang Jepun pun baca manga jugak kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)
