Tuesday, March 27, 2012

my D-I-Y pavlova

this is my first ever do-it-yourself pavlova.

Akhirnya menjadi lah sket dari percubaan pertama yang takda rupa langsung...hehe..

Sunday, March 18, 2012

introspection

its been a while... thought that i wanted close this blog. ultimately b'cause, lack of time, mase aku kat rumah habis untuk berhibernasi je. since i got my designation in h&p calibration, (cewah, just lab asst jek). but, for some reasons, i must keep on writing typing. I've no reason to throw something in this entry but just to share about Muslims' thought nowadays. nak cakap yang aku dah cukup hebat dan warak tu taklah. tapi nak share ape yang aku baca dalam buku 7 formulas of excellent individuals karangan dr danial zainal abidin. absolutely superb!!. mungkin buku ni dah lame keluar tapi aku baru jumpa. ok berbalik pada benda nak share pasal secret behind the Golcanda Mine. ni salah satu nama tempat kat India. tempat tumpuan pelancong. dan juga salah satu lombong berlian.

 Asalnya tanah ni kepunyaan seorang penduduk bernama Ali Hafiz. well-known person with his richness. satu hari seorang datang berjumpa beliau bercerita perihal berlian. "kalau kau ade berlian sebesar ibu jari kau, kau boleh beli sebuah negeri. dan kalau kau ada lombong berlian, kau boleh control dunia."
kerana dek terpengaruh dengan tuntutan dunia itu, maka si Ali ni pun decided to start travel round the world. dan si Ali ni pun jual la semua kebun-kebun dan ladang-ladang dia bagi menampung perbelanjaan perjalanan dia.

selepas puas mencari di segenap pelusuk dunia, si Ali tak jumpa berlian yang dia cari. akibat terlalu frusted, dia ambil keputusan bunuh diri dengan mencampakkan dirinya ke dalam laut. Tamatlah riwayat seorang yang bernama Ali Hafiz.
sementara tu, satu hari owner baru orchards kepunyaan Ali Hafiz ni jalan-jalan meninjau aset yang baru dia beli. bila sampai di satu tebing sungai, die terkejut nampak pasirnya bersinar. setelah menunjukkan kepada orang yang lebih arif, ternyata ia berlian yang dicari-cari Ali Hafiz. Poor Ali Hafiz. dia rugi masa, tenaga, wang dan hidupnya mencari berlian yang sudah memang dia miliki.

jadi kesimpulannya, kebanyakkan kita umat islam sekarang macam si Ali ni. padahal Islam tu syumul (lengkap) tapi kita dok taksub dengan cara dan gaya orang lain. pastu bila ade orang share pasal agama sket, label orang itu gitu gini. tak nak bace ape yang dia share takpe kawan, tapi jangan kau perlekehkan kerja dakwah die. at least dia ada share benda yang ma'ruf. ok, ak pun dulu bole kate taksub la dengan brit-pop ni.fesyen dan gaye sume ak dok try tiru. tapi pikir-pikir balik dah kita dok tiru gaya depa k-pop apa suma, abes tu sapa nak tiru gaya kita? tak kan budak-budak k-pop nak niru gaya kita plak?
tolonglah kawan, tolong jangan perlekehkan orang buat kerja dakwah. dia pun taw dia tak sempurna, and dia sedar sebab dia tak sempurna, dia try nak baiki diri dia. mungkin kita belum sampai masa untuk sedar, harap kita sedar sebelum terlambat. kubur memang lain-lain tapi kalau kita dok meraung buat bising dalam kubur tu nanti, kacau ketenteraman jiran sebelah kubur kita pulak.

Saturday, November 5, 2011

Thursday, October 13, 2011

qurbanforlife.com

tak lame lagi nak masuk bulan haji. tak sabarnye nak tunggu time raya haji. raya terbesar dalam islam. jadi, aku nak share lah satu badan bukan kerajaan atau yayasan ni yang menguruskan ibadah qurban. nak taw camne nak join?.

first, sediakan rm 380:00
secondly, ade 6 care untuk membayar.
- datang sendiri ke pejabat Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia
- kiriman wang pos
- deposit langsung atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

     CIMB = 1422- 0000070-10-8 (pos/ fax kan borang slip ke 03-22881966)

- GIRO antara bank
- kad kredit/on9 (visa/mastercard)
- sukarelawan bertauliah Q4L


senangkan kawankawan?...jomla join. nak tahu lebih lanjut, bole pergi ke laman web qurbanforlife.com

Wednesday, October 12, 2011

rejuvenate yours'

last night i went to Air Biru to join the friendly futsal with my mates. sudah hampir 3 bulan aku tak sentuh futsal. since got dengue suspected. memang serious kelakar aku main semalam. dribble tu boleh lagi tapi accelerate dah takde. pancit dik oi!!!. haha. dah terasa semalam time bawak bole, terpaksa bawak lemak kat perut sekali. arghh..sungguh malu lew sayew. mane taknye kurang stamina. lepas subuh, sambung tido balik. tunggu pukul 8 a.m baru nak mandi. pastu 8:30 a.m baru nak pi keje. pukul 9 a.m masuk, duduk dalam bilik aircond sampai ke petang, balik keje dah maghrib.weekend plak berhibernasi sahaja. memang takde mase lah nak beriadah ni dik oii.so, aku dengan rasa kecewanya, aku google "how to enhance stamina".banyak pulak yang keluar nak tingkatkan stamina lelaki di ranjang onak berduri . so, adelah skit aku rase mane yang sesuai dan perlu aku buat untuk "memberi nafas semula" atau mengembalikan semula stamina.


1. first, banyak laman web papar aktiviti yoga sebagai first choice. tapi aku yakin dan percaya kehebatan solat. ia lebih hebat dari yoga. must take note pada solat-solat sunat juga.

2. go for regular cardiovascular workout. such as swimming, cycling and running. aku rasa benda sesuai dan mudah, jogging lah kot. kena jogging time weekend ni.kalau work days, aku rasa main skipping rope jelah.

3. take nourishing and healthy diet. importantly, plenty of water.aku keje dalam bilik beraircond y suhu kene maintain 20 darjah celcius dari pagi ke petang, pastu kurang minum air. patutlah rase lemah je badan.

4. get plenty of rest. betul gak. asal weekend je, aku mesti tido lambat. bukan sebab online, tapi sebab main game.

5.perform kegel exercise to help with control. cewah!!. takdelah, ni senaman stamina lain.haha. ceh, nak buat lew tew.

Sunday, September 25, 2011

Junko Furuta

pernah tak kalian mendengar kisah menyayat hati yang berlaku ke atas seorang remaja Jepun, Junko Furuta suatu masa dahulu?. kemungkinan belia yang lahir pada lewat 1980's dan awal 1990's tidak mengetahui akan kejadian malang ini.

kisah bermula dilaporkan apabila Furuta, 16 (89) telah dikurung dan dipenjara oleh 4 orang lelaki termasuk dirumah Kamisaku (salah seorang pembunuh terlibat). sepanjang 44 hari Furuta dikurung, bermula 25 november 1988 hingga 4 january 1989, terlalu banyak penyeksaan demi penyeksaan yang ditanggung oleh Furuta.

antara penyeksaan yang ditanggung oleh beliau:
1.dirogol (satu sumber mengatakan >400 x)
2. dipaksa minum kencing sendiri
3.benda asing seperti rokok, botol, tulang ayam dan gunting dimasukkan kedalam kemaluan
4.juga, mercun dan bulb mentol diletupkan didalam kemaluannya
5.diperlaku seperti punching beg
6. dumbell dihentak ke perut
7.putingnya dicabut dengan plier
8. suatu ketika, kaki,lengan,muka dan perut disimbah cecair mudah terbakar dan dibakar.

sehari kemudian Furuta mati kerana tak tahan akibat diseksa sedemikian rupa. Mayatnya dimasukkan kedalam tong drum 55 gallon dan dipenuhkan dengan simen. yang dikesalkan, para pembunuh hanya dipenjara 8 tahun saja sebelum dibebaskan kerana kes ini dikategorikan sebagai juvana.

In memory 1972-1989

Concrete, filem yang mengisahkan tentang cerita pembunuhan Furuta.

semuga kita ambil iktibar kejadian ni dan berhati-hatilah kawan-kawan. Look over adik wanita anda dan juga kawan-kawan wanita, berhati-hatilah. jangan merasa terlalu bebas kesana-kemari.

sunday. september 25, 2011

weekday. bangun pagi, macam biasa sambung tido balik. bangun balik, tak tahu aku nak buat ape. just review satu minggu ni aku buat ape. dalam seminggu ni ape kejayaan kecil yang aku dah capai.
1. aku maintain bangun awal pagi (kecuali weekend, tido balik)
2. aku berjaya siapkan kerja on-the-time
3. berjaya pergi gunting rambut (nampak macam nonsense, tapi kejayaan besar bagi aku,sebab kalau boleh aku nak simpan rambut)


lessons of the week:
1. aku kena belajar belajar tenang dan kawal temper. bila dah temper. menyirap sampai naik kepala. susah nak berfikir secara logik. tak suke betul la bila dah hilang sabar ni. macam mane nak pikul tanggungjawab yang besar-besar lepas ni kalau tak boleh bersabar dengan benda yang kecik kan?.ya Allah, bagilah kepadaku kewarasan untuk berfikir.

2. kena kurangkan sarcasm. rase macam buat benda tak berfaedah bila dah over-sarcasm.

3. bila kita macam lambat nak buat keputusan, orang label dungu. bile kite buat keputusan on-the-spot, orang akan salahkan kita buat keputusan terburu-buru. jadi, biar lambat asal selamat.