Tuesday, June 15, 2010

nota untuk pencuri

mana nilai kemanusiaan bagi manusia sekarang?.
apakah mahu dinilai jika sudah lebih teruk dari binatang?
tidak hiraukan perintahNya, malah membuat dosa ketika semua sedang solat jumaat?
tak kesah kau curi barang-barang aku, sebab barang tu bukan kepunyaan mutlak aku
laptop dan telefon bimbit apelah sangat berbanding azab nanti kau terima kat sana.
sangat tidak sabar menunggu saat itu
ketika kau terkedek-kedek bawak barangan curi
aku nak gelak puas-puas
bukan gelak sebab geram
tapi sebab kebodohan kau...
bukan dekat sekolah dulu kau tak penah belajar
mana yang baik, mana yang buruk
mana yang dosa, mana yang pahala
tidak mengapa wahai pencuri..
sekarang ni kau enjoy dulu k?
kau curi sepuas-puas hati kau selagi mana Allah bagi nikamt pancaindera untuk kau gunakan
nanti manalah tahu kau tetiba dah buta, tak boleh nak curi lagi dah kan?
kesian jugak.
aku sebenarnya kesian, kesian tengok kau...bagi aku ketawa kejap ea..
oklah kita jumpa disana ya pencuri?
assalamualaikum.

Tuesday, June 1, 2010

adat duduk asrama 1

ape khabar? tengah buat ape rakan-rakan? dah makan? bagus2..jangan tak makan. ceh dah macam pengacara kfc hour tanye pastu jawab sendiri macam tahu je penonton jawab macam tu.haha. siape kat sini pernah melalui fasa hidup kat asrama? angkat tangan? bagus2.turun2.baula..haha. suasana asrama adalah suasana yang tidak pernah dialami oleh pelajar ulang-alik.eh memang betul.asrama memang sebuah medium untuk melatih kita mengenal erti hidup berdikari, tolong menolong, jujur, setia kawan dan macam-macam. tapi yang penting, bukan kerjasama.bukan-bukan. tu penting jugak tapi sikap hormat yang lebih tua dan sayang yang lebih muda tu penting. tapi kan rasenye hormat yang lebih tua tu memang ade, yang sayang yang lebih mude tu macam takde. ade pun kalau awek die mude dari die.haha.sebabnye??. saya nak kongsi sikit pengalaman dan pengamatan saya selama 6 tahun dok asrama.antara kerja-kerja pembulian atau regging yang diterima oleh budak-budak junior.

1.basuh baju. ni wajibla. budak-budak junior kalau jumaat malam sabtu je. siaplah. masing-masing bawak satu beg balik kampung.bukan nak balik kampung tapi kene basuh baju senior. cit.mane yang nak mengelak tu terpakse sembunyi awal2.kalau sikit takpe.ni satu beg.pastu ade kain spender, singlet pagoda dan stokin segala.pasrah je kot.

2.iron baju. ni kerja lanjutan daripada basuh baju.dah basuh baju tak kan tak iron baju ye tak gitu?.hahaha.kadang-kadang baju sendiri tak teriron, nak iron baju senior plak tu kene beratur panjang sebab dekat bilik iron ade 2 iron je. satu rosak sebab si senior goreng telur atas iron, satu ag kene kongsi untuk satu asrama.sakit tu.

3.urut seluruh badan.kebiasaannye kalau senior ni lepas main bola.bola sepak ea.orang panggil ape tu soccer2.bukan bola kocek.pastu diowang mula sengal2 badan.juniorlah kebiasaanya jadi mangsa. daripada semua yang tak reti urut terus jadi tukang urut boleh bukak perkhidmatan urut erotik.cewah.takdelah.haha.lepas tu mengikut pengalaman seorang member.die telah menjadi pengurut tetap seorang senior ni dan die pernah cakap die terpakse mengurut "boboi" senior tu.apelah. kasihan die, jiwa batinnya terseksa.huhu.

4.buatkan homework. ni biasenye senior yang pemalas nauzubillah. tapi diorang pemalas macam nak lukis2 ke.atau pun kene tulis denda contoh kene tulis satu ayat sebanyak 300 kali.bapakla, tercabut tangan kot.die bersenang-lenang.

5.belikan makanan dekat kantin. ni perkara wajib bagi semua junior mesti kene. kalau macam tukang urut tu sesetengah je yang kene.tapi bab suruh2 beli ni memang semua kene. pernah kantin dah hampir tutup, senior suruh beli makanan. kalau dekat tak pela jugak.ni kantin gan asrama adelah jugak 2 marhalah perjalanan.haha.kalau yang senior kepala sikit suruh budak junior fly atau lompat pagar.ni salah satu latihan untuk membentuk junior tu supaya selalu fly.
ade satu kes pulak. tapi ni time super senior lah. mase saya dah takd. sorang senior bagi duit seposen kat junior pastu mintak belikan nasi goreng 50 sen dengan air sebungkus. gile ape?.mane nak cekau duit tu?.terpakselah junior tu korbankan duitnya.


kalau nak ikutkan banyak lagi. tapi mungkin ini care mereka latih junior hormat senior kot. dan bende ni macam menurun. senior tu dh blah, junior nek pangkat senior, diorang plak buat macam tu kt junior diorang.