Sunday, July 25, 2010

be patient

bahgianya mereka dan orang lain dengan kehidupan mereka

tapi apa pun, aku patut bersyukur seadanya...

sabarlah...

Friday, July 23, 2010

template background ku!!


nampaknya kena cari yang baru....:(

Tuesday, July 20, 2010

2010 july 19

hari ni (semalam lah sebab hari ni dah hari selase plak) banyak benda berlaku

afiq dan shafiq berjaya jogging lagi

daftar SE exam, malu sekejap sebab salah pergi kaunter,haha

Mr eng. math marah2 nape ntah time nak amek sign die

kelas petang 3 jam yang sayu.ngantuk

tak dapat tidur plak, sebab dah tidur time maghrib.huhu

masih terpikir tentang masa depan.

p/s: dah takde idea untuk posting, terpakse tulis benda crap ni. sory..

Saturday, July 17, 2010

adat duduk asrama 2

selamat sejahtera. bagi terus berkongsi pengalaman saya ketika di asrama, rentetan daripada itu saya telah menujahkan inisiatif proksi rajin saya untuk menerbitkn entri asrama 2.*ayat macam kredit penghargaan kat dalam novel pulak*. sebelum tu saya mintak maaf sebab dah janji lama tapi baru nak post kali ni.haha.sebab sibuk punye pasalkan.em, ok kite sambung..pernah tak mase dok asrama, anda yang ketika menjawat status junior disuruh melakukan benda yang pelik-pelik oleh senior?. haha. penah kan??. perkara yang pelik-pelik ni umum, tak kesahla senior tu bagi sebab denda nak mengajar atau gurauan. antaranya





1. tiup kipas tengah berpusing sampai berhenti.



bila mana senior tu nak bergurau dengan junior atau dalam erti kata lain nak berkenalan, takkanlah senior nak kenal junior dengan cara " hai, nama kau sape?" tak grunge lah senior kalau camtu. at least diorang mesti cakap cam ni "eh kau sini kejap,aku tengok muke kau macam tak puas hati gan aku je, tiup kipas dinding jenama panasonic tu skang! sampai kipas tu benti" ha amacam?. ganas tak? haha.ok tak ganas. ada lagi ganas tapi dah lupe.haha.



2. bersihkan surau. hafal surah.



kalau yang ni, biasanya senior jenis yang steady dan baik hati skitlah.huhu. pernah sekali saya dan rakan-rakan main bola dalam dorm, bola kertas je kot. tapi ade member gi kantoikan kat senior. konon nak jadi barua la tu. nak dapat back up senior konon. so terpakselah tiap petang kene bersihkan surau dan malamnye hafal surah dalam jangka masa 2 minggu.



3. amikkan makanan kat dewan makan.



kebiasaannye bagi senior yang malas nak pergi ke dewan makan untuk makan, diorang akan carik kesalahan junior. sebenarnye nak carik point untuk suruh junior tu amekkan makanan.ceh, macam orang tak taw soh amekkan makanan sebenarnye. tapi batch saya yang kepala2 pun jarang buat begitu kepada junior.mungkin sebab tu junior2 kami ade yang dah pandai naek kepala.

4. kena brainwash dan denda yang bukan-bukan


pernah sekali mase form 1, tyme tu senior rajin buat pengisian qiamu lail.konon nak mendidik junior. biasenye lah, tyme junior yang baru2 masuk, cakap dengan lebih senior aku-kau, pastu gurau berlebihan. jadi para senior ni terasa kewibawaan die tercabarla.jadinya, satu malam yang senang saya gunakan istilah sesi "brainwash". para senior kumpulkan para junior semua untuk sesi qiamulail. tapi sebelum tu kami di brainwash terlebih dahulu. kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan based on kesalahn. geng kantoi couple, geng kantoi tengok blue. geng penah hisap rokok, geng kurang ajar dengan senior. paling tidak dapat dilupakan geng kantoi couple. hukuman diorang kena, dekat belakang surau ade almari letak al-quran dan mempunyai space yang besar dibawahnye. jadi geng2 ni telah disuruh masuk ke ruangan almari tu, biaselah, tyme tu form 1, kitorang kecik dan comel lagi.haha. so, senior pon suruh tiap sorang cangkung dalam tu dan sebut ayat ni berulang kali." kami cencorot,cit..cit..cit".wah..nak gelak pun ade,bersyukur pun ade sebab tak kena.haha.. pape pun time kaseh senior2ku..haha


p/s: teringat senior yang malam2 suke jadi hantu galah buat takutkan junior.huh.

sedikit tentang sepanyol

tajuk dah macam fakta.memang nak kongsi sedikit fakta pasal sepanyol ni. tujuan saya menulis entri kali..alah rimas lah..asyik skema je kan, disebabkan hampir semua blogger cerita pasal spain menang world cup jadi saya pun tak ketinggalan untuk ikut serta bagi mengelakkan dilabel blog ketinggalan masa.haha. tapi saya tak nak cerita sal spain menang world cup. diorang main cantik ke, diorang ade fernando 'mat bedak' tores ke (don't worry, i'm still the reds' fan.hehe), fabregas nak masuk barcelona ke, tapi awek spain ni cun2 kan.? haha..oklah.banyak menyanyah je. sepanyol atau bahasa klasiknye andalusia memang terkenal sebagai negara yang cantik. saya pernah terbaca kat mne ntah, spain ni dah hampir macam syurga sebabnye, pemandangan yang cantik, wanita pun cantik2 (mcm bidadari la konon), cume pemerintah je tak adil. lau pemerintahan adil, mungkin jadi bayangan syurga kot.(betulkan kalau saya salah).



saya pernah berangan nak pergi dok kat sepanyol, bekerja kat sane, mane taw ade la sorang dua awek sepanyol suke kat saya.*blushing*..hehehe..ok2.dah!!!..cukup!, asyik cite pasal angan die je. ok2..saya sambung. sepanyol ni ape ek nak cakap..emmmm...sepanyol ade game lawan lembu gile.ape tu orang yang lawan lembu gile tu, matador kan? satu je, kamu pernah terpikir, diorang hampir setiap tahun ade perayaan lepaskan lembu2 gile pastu ramai2 lari bagi elakkan dirodok oleh tanduk lembu ni. takde keje yang lebih selamat ke?. pegi lah perah susu lembu ke tak pun sembelih lembu tu buat daging korma ke..best jugak..em, mungkin dalam setahun tu diorang dah puas dera lembu2, so diorang bagilah lembu2 tu plak dera mereka.haha.agaknye lah.

kesian mr lembu ni.kalah gaye torres kene bentes time main bola.


tetttt.saya dah lari dari ape yg saya nk sampaikan.ok2.kat bawah ni sedikit pasal spain:


1. sepanyol pernah berada dalam pemerintahan islam selama 300 tahun sehinggalah tahun 1492, bila mana pemerintahan Moorish terakhir (orang muslim kat sane) jatuh di Granada. jadi sekarang sepanyol adalah negara katholik yang sekular.


2.secara teori, bogel2 adalah dilarang di mana di sepanyol (teori je lah.hehe)


3.perkahwinan sama jantina kat sepanyol dibenarkan. wadefish!


4.para pelancong dinasihatkan berhati2 ketika naik teksi kat sane. diorang main sebat je harge tinggi2 walaupun ade meter.


5.negara pengeksport terbesar tomato, tembakau, avocado dan koko ke eropah.


6.bangunan atau tempat terkenal dekat sepanyol; alhambra, La Sagrada Familia, muzium Madrid.


7. sepanyol merupakan negara ke 7 mempunyai ekonomi yang kukuh di dunia.


8.sepanyol ade awek cantik.hehe.taklah yang ni reka2 je.hehe



p/s: nak try bukak bisnes rempeyek mak saya kat sepanyol la.mane taw orang sepanyol suke giler kat rempeyek.

Wednesday, July 14, 2010

analisis diri

setiap hari kita tak terlepas dari melakukan kesilapan. saya memang tak layak nak menggariskan nilai-nilai murni yang patut dilakukan oleh semua orang. tapi hari ni, saya cuma nak berkongsi,berkut adalah sebuah nasihat yang telah dihantar oleh sahabat saya bagi tujuan peringatan. semoga ia dapat menurunkan sedikit rasa "keegoan yang tak perlu" kita.

1) brapa kali ko jemaah kat masjid tuk slat 5 wktu.?
2) senin kamis ada pose x?
3) zikir brapakali sehari?
4) jgn pisah ngan jemaah
5) biasa x jumpa ngan ulama'(ust2 mntak nasihat)?
6) ada tgk movie2 x syari'e x?
7) biasa ke dgr lagu yg x bgs lirik nya?
8) sebulan brapa kali qiam?

so,man...ni sume prkara2yg perlu kt muhasabh....jikasume ni dipenuhi dan ada yg perlu dijauhi...insya Allah kt akan rgn wat amal dan mdh istiqmah...insya Allah


p/s: terima kasih kepada ahmad nazmi mohamad. Allah jualah kan membalas kebaikan mu.

Monday, July 12, 2010

isnin:sehebat mana anda

selamat sejahtera.
helo kawan-kawan
aktiviti apakah anda perlu jalankan hari ini?
sedari hari isnin, mesti ramai bersemangat untuk menjalankan tugas
ada juga lesu meneruskan kerja
mungkin masih mengantuk akibat world cup pagi tadi?
yang mana bergelar student, memulakan hari pertama perkuliahan mereka
untuk semester baru
dengan azam baru mungkin
mungkin azam lama tapi dibaharukan.
apakah yang saya merepek ni?
tapi tak pe lah, walau ape pun, anda perlu hebat beraksi di hari isnin.
hari isnin mempengaruhi selasa,rabu dan khamis
jumaat tak payah cerita.
semua semangat sebab apa?
em, entahla ya.
jadi, sehebat mana anda dihari isnin?


p/s: jangan lupa minum susu!.;)

Sunday, July 11, 2010

jalan keluar

terlalu tumpu pada sesuatu perkara menyebabkan perkara lain terabai
jika perkara yang ditumpu itu elok, tidak mengapa
jika perkara yang ditumpu itu buruk, mengapa ya?
kenapa mengapa?
kerana mengapa kita sanggup tumpu pada perkara buruk
sedangkan ada perkara elok yang terabai?
kelalian pada perkara buruk menyebabkan kemestian dilakukan
kelalaian pada perkara elok menyebabkan kemestian dilupakan
apakah jalan keluar bagi semua ini??