Tuesday, January 26, 2010

AJL 24 dan teori konspirasi antarabangsa


saban tahun anugerah juara lagu merupakan platform artis dan pengubah lagu serta penggarap lirik untuk membuktikan mutu karya seni mereka.AJL dilihat sebagai medium penilaian bakat artis-artis secara total bagi setiap tahun yang berbeza. namun AJL 24yang baru sahaja melabuhkan tirai beberapa tempoh yang lepas dilihat oleh sesetengah pihak yang tersedar dari aspek persembahan reka hias dan penyediaan pentas mempunyai makna yang tersirat.

AJL 24 juga telah direkodkan dalam akhbar tempatan kerana terdapat cerita paranormal ketika majlis sedang berlangsung. cerita seorang penonton yang tidak sengaja merakamkan identiti paranormal diatas alang studio telah memeranjatkan segelintir pihak yang tersedar.cerita bermula ketika seorang penonton merakamkan susuk tubuh yang berbungkus putih sedang berdiri diatas alang studio sambil melambai ke arah penonton.pada hematnya bahawa itu mungkin penari yang akan mengiringi persembahan Faizal Tahir selepas ini.setelah dua kali merakamkan gambar objek berkenaan, objek itu telah hilang pada kali ketiga cubaan untuk merakamkannya. dugaannya meleset kerana semua para penari Faizal Tahir berkostum hitam.adakah benda yang muncul ini hasil daripada ritual secara tak langsung yang dibut oleh artis-artis pad malam anugerah tersebut?.kalau benar, maka tepatlah jangkaan yang telah dibuat oleh seorang pengkaji bebas tentang pergerakan-pergerakan sulit yang tidak disedari oleh kebanyakan orang.sila klik disini untuk melihat imej tersebut.

reka hias pentas ketika Dato' Siti Nurhaliza membuat persembahan juga dipersoalkan kerana seni hiasannya terdapat ciri-ciri two pillar dan bentuk segi tiga piramid yang merupakan identiti bagi pergerakan masonic.

seterusnya lantai yang bercorak kotak hitam-putih atau checkered juga kedapatan ketika persembahan beberapa orang artis.ini juga telah menambah lagi persoalan.konsep checkered mat juga kelihatan di tali penyandang gitar beberapa artis berband.persoalannya, sengajakah mereka memakai kostum berkenaan atau mereka telah di 'mind control'?

kelihatan juga seorang artis wanita yang mengenakan persalinan gaun merah yang menyerupai konsep lady in red dengan penari yang berkonsepkan zaman firaun.sila klik disini untuk melihat gambarnya.

sila klik disini untuk mengetahui dengan lanjut maklumat yang berkaitan dengan 'secret society' atau 'hidden hand'

Sunday, January 24, 2010

sabtu di KL Sentral

3.00 a.m = masih tidak dapat melelapkan mata akibat komposisi kafein yang tinggi dalam otak.pehal lah tak boleh tidur ni.

6.30 a.m = bersiap awal-awal takut terlelap dengan mandi dan merebus telur separuh masak sambil mengharapkan afiq dah bangun.

8.00 a.m = kejutkan member-member lain tapi hampa. mereka masih dalam selimut.menunggu lagi sehingga matahari panjang segalah.terlelap tiba-tiba.

9.15 a.m = terbangun setelah ditelefon oleh shamir. huh, baru sekarang korang bangun.tak banyak cakap terus ambil barang dan bergegas ke rumah mereka.

10.00 a.m = bergerak ke stesen keretapi tanah melayu francais Batang Benar dengan menaiki kereta Prebet Sapu. pengangkutan alternatif ini dipilih kerana keterlebihan kuantiti muatan untuk menaiki pengangkutan awam halal.(anak-anak, jangan tiru aksi ini ya)
ketika menunggu keretapi sampai dengan muka baru bangun tidur afiq masih belum hilang.

'Fab Four'..(gelaran yang dipinjam daripada The Beatles).

12.30 p.m = sampai di KL Sentral dan bergegas mencari medan selera yang berpatutan. setelah puas meninjau akhirnya ayam goreng Kentucky terpaksa menjadi pilihan kami berbanding shamir dan afiq yang memilih untuk bersantap di isyarat diterima ayam jantan Kenny atau isyarat Kenny diterima ayam jantan,(pilih mana satu yang sedap disebut) setelah melihat draf kewangan yang agak goyah.menikmati pinggan malam bersama uvais dan shafiq.

bilalah peluang untuk makan disini muncul dalam hidupku

menemankan shamir dan afiq ketika sedang menunggu pesanan menu di Kenny terima isyarat ayam jantan.

2.00 p.m = setelah menyelesaikan tanggungjawab, bergegas ke gelanggang makanan KL Sentral berjumpa dengan sepupu shamir bagi mengikuti diskusi tentang 'hidden hand'. sebenarnya bukanlah diskusi secara formal tetapi lebih kepada perbincangan ala-ala sembang di warung kopi.apa yang kami bincangkan nanti di pos pada entri akan datang.


hubungan yang lebih mesra terjalin antara mereka. haha, gurau ja.

6.00 p.m = perbincangan selesai dan masng-masing bergerak pulang.walaupun penat setelah 4 jam melepak sambil mendengar penerangan daripada seorang yang arif tentang pergerakan sulit antarabangsa,perbincangan itu telah membuka minda kesedaran kami tentang perihal globalisasi semasa dan memupuk rasa peduli terhadap apa yang berlaku di Malaysia kini.

anak-anak, jangan sesekali mempraktikkan gaya menyembunyikan tangan sebelah didalam baju (hidden hand) ketika bergambar ya.ini adalah salah satu simbol secret society.

agak-agak nak masuk maghrib = kami sempat berjalan-jalan sekitar kawasan KL Sentral sambil menikmati produk 'makanan laju' keluaran Mc Donald.

shafiq dengan gaya Matthew Bellamy;vokalis Muse,band pujaannya
tengok awek baju ungu tu, saje menumpang publisiti kami.hehe.

waktu malam dingin sejuk mengigit tulang = kami sampai ke stesen keretapi cawangan Batang Benar sambil menunggu Prebet Sapu tadi tapi hampa. terpaksa menaiki teksi untuk balik ke rumah.
suasana sepi dan seram di stesen KTM Batang Benar

p/s:maaf, kebanyakkan istilah dibahasa melayukan bagi tujuan memupuk rasa cintakan bahasa ibunda kepada pembaca.

p/s²:format penulisan entri kali ini sengaja dibuat seperti menulis diari agar informasi dan data dapat difahami oleh pembaca.

Friday, January 22, 2010

Al-Fatihah atas kemangkatan baginda Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail


Seluruh rakyat jelata Johor Darul Takzim serta wilayah jajahan baru sebentar tadi telah kehilangan seorang pemerintah yang adil dan tegas. Sultan Johor, DYMM Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah mangkat pada usia 77 tahun di Hospital Pakar Puteri kira-kira jam 7:15 petang tadi.

Baginda adalah seorang pemerintah yang tegas tetapi adil dimasukkan ke hospital atas sebab gering.berikutan dengan itu, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar yang dilantik sebagai pemangku raja akan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor esok di Istana Besar.

seluruh rakyat jelata Johor dan tanah jajahan amat berdukacita atas kemangkatan baginda.
Al-Fatihah.

Saturday, January 16, 2010

cherish saturday

what a bright-lovely-magnificent atmosphere this morning..after woke up, just open my window widely to allow the freshly energetic of morning air flow enter my room through my window...ah, just quite peacefully, with sounds of birds..ooh my.....suddenly felt annoying..haha....this cranky Saturday, same goes by with another Saturday, don't know what to do first but many agenda were pop-up on my mind... should I start with taking bath? or serve the half boiled egg? or tide up all mess in my room and house? or just continue my sleep?..wah it is look promising....just hope today that i can enjoy and makes things better in my field day...maybe now i just start with make my bed, keep the songs track on.. ooh always love this time.... i wish i have canon s90 now...surely i can snap the photo of the tremendous scenery of morning from my window...haha...always have a day-dreams..mat jenin betullah...but some say angan² mat jenin is a first step to get what we want...mmmmm..after this want always day-dreams lah...haha..


I wish I could get this one......

this D90 quite better but the price is an arm and a leg..huhu

never mind, just keep saving and eat roti every day...hahaha...in fact that in my list there some stuff that I really admire...

+ Canon S90

+ laptop battery; I wish could get asap due to unable to bring my lappy outside my room

+ vespa...haha..bolehka dapat?

+ set of drum..huhu..when I get one, surely my mom bebel

+ Macbeth's shoes...


pewit²

how can I get extra money immedietely?....work?....sell CNIs' products? mmmm,tak ramai orang nak beli sangat...borrow money from my friends?...nanti kau tak mampu bayar balik.... expand business of rempeyek's mak in college?..I'm trying....

Friday, January 15, 2010

azam time cuti sem

tajuk macam gempak je...hahaha...memang dah berazam dah time cuti nanti ade sesuatu yang mesti dibuat.*ok tipu* sebenarnya cuma berangan je..hehe..hari ini tengah² pikir ape benda nak tulis dekat entri baru ni...yang pasti beberapa assignment telah berjaya disiapkan dan tinggal assignment redo jer... 26-27 dah final exam pastu cuti...sebulan tu..huhu..mesti plan dari sekarang apa nak buat time cuti nanti...macam² benda nak dibuat time cuti nanti dah pop-up dari kepala otak ni...kena list down semua ni, manelah tahu cuma hangat tahi ayam je....kalau dah tulis kat sini mesti rasa macam lebih smangat nak buat semua..yalah...dh tulis, pastu ade orang baca tapi nanti kalau tak buat apa yang dah di tulis macam buat hikayat dongeng retorik yang sekadar memanaskan blog je....sambil dengar lagu, tetiba antaranya benda dibawah yang berjaya keluar dikotak pikiran Aman Al-Kempasi

+ habiskan buat lesen kereta+motor;tapi pakcik tukang ajar kereta tu suke cakap kuat²dan abang ajar motor yang garang macam dia je boleh ajar motor sorang kat situ.tapi memang pun



+ cari ramai pelanggan supaya dapat besarkan bisnes rempeyek mak

+ kerja sambilan (kalau dapat), duit poket nak pergi Penang nanti

+ flight to Penang

+ sambung belajar masak dengan mak

+ try komersilkan lepat daun pandan + rendang mak di arena bisnes

+ ketawakan adek sebab tak dapat kerja dekat Mc D...haha..

+ kemas rumah (perlu tulis ke?)saje je nak standing ovation..haha..padahal tak buat pun.oklah ada jugak buat sikit..ceh masih nak standing ovation lagi..

+ jumpa member..dah mesti

+ gain my fitness. ni macam impossible tapi masih ada peluang cerah.nak joging macam mane??? kau asyik tidur je tiap pagi sampai tengah hari!!!...

p/s = asyik tersasul nasi goreng chiken chop jadi nasi goreng chop stick..adoi..tapi nasi goreng chicken chop Dnice sedap..haha..berbaloi lah harganya RM 6.50...


lebih kurang macam ni tapi xde french fries, diganti dengan nasi goreng dan selapisan tomato bersama dua pilihan kuah samada mushroom atau black pepper..

Thursday, January 14, 2010

paksa diri

bangun pagi je *tipu* dah pukul sebelas dah, kepala berat semacam,demam.. kesan tak tidur semalaman kot..adui, manja sangat lah badan ni, kerja lebih sikit pun tak boleh...nasiblah hari ni cuti, kalau tak memang ponteng kelas lagi lah jawapnye...
asal bangun bukak laptop, takde kerja lain,bangun terus mandi ke, makan ke,mengemas bilik ke, haha...biaselah, dah addicted+habit+taksub dengan sesuatu benda..best gila hari ni, dari pagi tadi sampai sekarang angin kuat,ala-ala dekat PD...syok...hari ni nak tak nak kena siapkan assignment 2 bisness + siapkan task D3 assignment material + hantar soft copy + basuh baju + sambung tengok cerita buku harian baim kalau ade masa(sempat lagi buang masa tu)pokoknya (slank indon plak)kene siapkan weh, jangan main P.E.S je!!!....huhu

Tuesday, January 12, 2010

pening: implikasi lambakan assignment !

due date assignment material esok, redo assignment bisnes esok, assignment 2 bisnes jumaat,redo assignment 2 bisnes rabu minggu depan, fenomena assignment mewarnai hidup anda...rase macam nak tutup laptop, esok buat bodoh je,... huhu..serius kepala berat... dah lah tadi kene marah dengan lecturer sebab jawab kuiz entah pape...be patient, dah lupa janji kau ke? infact tak tahu nak tulis ape kali ni...mmm macam mane orang lain yang berblog ni dapat idea? time aku tak nak tulis, macam-macam keluar dekat kepala otak ini, bile dah menghadap laptop, hilang semuanya... tapi malam ini indahnya angkasa raya dilatari bintang-bintang yang menyeri sukma..haha ayat tak boleh bla....kalau tidur ni memang sedap..huhu..dah! sambung buat assignment!!!!

Monday, January 11, 2010

rempeyek puan surati


Perhatian kepada semua..
seiring dengan arus perdana ketika ini, ramai usahawan telah terlahir samada usahawan kecil mahu pun besar. Arakian kalinya saya dengan amat berbesar hati ingin menawarkan kepada sesiapa yang meminati rempeyek, bolehlah menempahnya dengan ibu saya.Rempeyek ibu saya terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

- kacang tanah
- kacang dhal
- kacang hijau
- madu tiga;ketiga-tiga kacang dalam satu acuan
- boleh juga jika ingin kacang bersama ikan bilis



Rempeyek ibu saya dijamin sedap dan diproses daripada bahan-bahan yang berkualiti dan bersih juga segar dari ladang kerana ibu saya hanya membuatnya setelah ditempah.....
sesiapa yang berminat dan berhajat untuk menempah rempeyek atau tumpi, bolehlah menghubungi ibu saya; Puan Surati ditalian yang tertera di kaca skrin laptop atau desktop kesayangan anda
= 072387818

rempeyek Puan Surati sudah diakui keenakannya sejak 10 tahun lalu

harga pasaran ketika ini tarikh januari 11,2010 adalah RM 12.00 PER PEKET
setiap peket mengandungi 50 KEPING.
sebarang petanyaan tentang pengambilan dan pembayaran (manalah tahu hendak diskaun atau hendak kepingan lebih) sila berhubung terus dengan lady bos@Puan Surati ditalian tersebut.
untuk penghantaran diluar Wilayah Pembangunan Iskandar atau luar wilayah Johor Bahru, caj penghantaran dikenakan (pos laju)

lihat,belia pun menyukainya



sokonglah hasil tangan anak tempatan,kredibiliti anda pemangkin ekonomi negara

Sunday, January 10, 2010

setelah


setelah 2 dekad nyawa dikandung badan
setelah 20 tahun bernafas dibumi tuhan
setelah 240 bulan bersemuka dengan onak dan cabaran
tapi apakah keberhasilanmu yang kau gapai?

setelah melalui segala peperiksaan dan ujian
merentasi segala laluan dan landasan
menanggungi segala amanah dan beban
sudah berjumpakah kau dengan titik kenikmatan?

kenikmatan dan kesejahteraan seorang hamba
selalu terpinga-pinga tidak tahu melakar rentak seterusnya
sering kali tewas dengan cubaan dan godaan kecil
bagaimanakah pula dengan godaan yang lagi besar?

sesungguhnya perisai kau masih tidak ampuh
operasimu masih samar dan kabur
kekhilafanmu seringkali mewarnai hidupmu
nafsu, syaitan dan qarin sering mentertawakanmu

aku masih mencari dimana punca cahaya
masih menganalisa apakah tujuan
cuba berhipotesis sendiri tentang destinasiku
cuba merobek segala kemungkinan itu

tapi apakah cara dan usaha
selama ini ku buat setimpal dengan gaya
kudrat yang lemah, akal yang senteng
mungkinkah aku akan terus hanyut dialir masa

entah bilakan aku bertemu kesedaran
kesedaran yang nasuha
mungkin setelah badan dikandung tanah?
sia dan jahanamlah hanya jawapan ketika itu



yang masih mencari setelah masih mencari..........

Saturday, January 9, 2010

avoiding RSI at the computer


i don't have any idea to write in my new entry but just want to share bout the something i've read on reader' digest bout the RSI or repetetive strain injury - sometimes referred to as work-related upper limb disorder or easily understanding when u perform a same activity or movement repeatedly everyday...


to avoid RSI you should;

* make sure ur lower back s well-supported by the chair and ur knees are bent at 90 degree
* position screen at a right angle to the window or strongest light to avoid glare
* make sure your eyes at the same height as the screen , which should be about 60 centimetres away from ur eyes
* use soft but firm wrist support, so u don't need to flex ur wrists upwards
* take the 5 minutes breaks every hour and use the time to stretch.

Thursday, January 7, 2010

flawless misery

A misery
from the massive anticipation
why you always overlapping me
day and night
night and day
seem such i dont have any angle to breathe
seem like no others in the world that live only me?
why dont you ever give me some space
i need rest, not forty night
but just for a while
is this as a revenge for my sins?
is this as a anticipation from You?
owh God, please give me your guidance
i want to leave my misery
live happy again for rest of my entire life
be blessed, live peacefully

Tuesday, January 5, 2010

rehlah di port dickson

wah!!!..1st time menjejakkan kaki ke laut sejak tragedi tsunami 2004...kali ni makan angin dengan member-member sekelas....lokasi percutian dekat port dickson, pantai banyak pasir....haha....

pemandangan di ambil dari beranda hotel

sesekali makan angin,release tension ok gak kan...tempat penginapan pun dah free, tinggal keluar bajet makan, pengangkutan gan shopping..ok la tu.. wah...ayat dah macam destinasi bajet je.....tige hari dua malam sudah cukup untuk melapangkan kepale serabut, jiwa kusut,otak reput..weh2...ape kau merepek?


kami bukan gays dengan erti kate lain songsang tapi kami gumbira,ahoy!!

ehem2.....


kami juga sempat mengadakan illegal bbq..hohoho..dengan kepakaran mengaburi mata pihak hotel, nasib baik tak kantoi..huhuhu..cekik darah la, sewa tapak je dah rm 100...


muka-muka kaki kelentong setelah berjaya memperdayakan staf2 hotel..haha..kami cuma berpiknik di malam hari saja..no fire burning..


secare konklusi, (ayat karangan b.m plak) kami berjaye menghabiskan percutian dengan perasaan gumbira...bile lagi dapat makan angin camni..

Monday, January 4, 2010

apakah azam tahun baru masihi anda


pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2010..wah...cepat giler mase berlalu..tahu-tahu dah 21 tahun umur aku?..erk!! rase semalam macam baru sunat je..hohoho....ape azam tahun baru kali ni?...beli kereta baru? baju baru? motor baru?..haha...azam tahun lepas pun tak berbayar, lagi mau pasang azam baru...haha..so, azam tahun baru saye adelah melangsaikan azam-azam tahun yang sudah...ahoy!!!!