Saturday, May 23, 2015

weekend pun tak boleh relax sangat

setelah lima hari bekerja keras fizikal dengan siapkan kerja on-site, dan mental yang terpaksa menghadap bambu boss dan customers, tiba hujung minggu untuk aku perah otak menghadap tugasan-tugasan 'keep in vacant' minggu sebelum ni. nasib class belum start lagi so selesaikan semua ni sebelum class start. aku dulu tersangat nak belajar how to manage time, tapi tak dapat-dapat. rupanya jawapan untuk persoalan aku tu adalah kesibukan sekarang. kau nak belajar kan?..kau belajar dari susah dulu...

kalau ikut jiwa putus asa memang aku anggap ini macam tak adil untuk diri sendiri, dengan aku sorang je yang kena tiap hari keluar pergi site balik sampai malam, dengan komitmen class, dengan komitmen peribadi lain, aku rasa sangat nk request tambahan masa. aku rasa nak jadi student full time balik, life time tu pergi class, balik class buang masa dengan kawan, pastu ada masa cukup nak main futsal, malam boleh tido lambat. dah. selamat tinggal masa kegembiraan zon selesa ketika study. selamat datang rutin yang memenatkan.

tapi, dari sisi positif, semua ni ajar aku mental kuat, cuba belajar bertolak ansur dan faham orang lain, dan sudah tentu belajar bahagi masa untuk segalanya dalam satu hari. kalau penat, buat jugak.adakan masa walau sekejap. entah ada orang lain yang lagi teruk dari ni.

dulu kerja tempat lama sangat selesa. kerja 8 jam tapi buat kerja pun paling teruk pernah buat cuma 4 jam je..kalau tak teruk?...tak sampai sejam dah siap. so selebihnya rehat. kerja macam ni memang best tapi pergi kerja tak buat kerja pun rasa serba salah jugak.

aku nak try sambung type blog balik nak tengok aku boleh buat ke tak.

Tuesday, June 3, 2014

outstation

nervous gila tunggu pukul 11:30 pagi nanti

first time kena hantar ke kk

macam2 tanggapan keluar dalam kepala otak aku

ape yang aku kena buat kat sane

boleh tahan ke 2 minggu kat sane

benda apa yang aku kena hadap dekat sane

cuma aku tau kena repair boat.dah tu je.

member tempat kerja ingat aku nak pergi makan angin

tapi,

dalam kepala otak aku pikir kerja yang berat tengah tunggu aku.

Thursday, May 1, 2014

learn to control yourself

bagaimana kita berinteraksi dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita, itu yang menentukan siapa sebenarnya diri kita

dan juga, bagaimana kita berinteraksi dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita, sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti tindakan dan pilihan kita dalam menghadapi masalah.

Sunday, April 27, 2014

semua kan indah

pejam sahaja mata
tarik nafas dalam-dalam
nikmati dan lalui saja hidup ini
semua akan indah...............................................akhirnya.



akhirnya indah

Saturday, August 31, 2013

30 August 2013

sesuatu yang baru aku pelajari hari ini.

tak semua benda yang kita hendak tu akan kita dapat.

belajarlah untuk melepaskan.

mungkin bukan rezeki kita kali ini.

mungkin akan ada yang lebih baik Allah dah sediakan untuk kita.

cuma tunggu masa je.

terus yakin.

bersabarlah.

kemanisan menunggu akan terasa juga.

# secalit peringatan untuk diri sendiri

Thursday, April 18, 2013

little positive thing

kadang-kadang momen-momen indah yang kecil mampu menjadi pemangkin semangat untuk kita terus berdiri dalam permainan dunia.

aku sendiri dulu memang pandang sebelah mata akan hal ni. ada orang pernah share yang bila kita hargai kejayaan dalam hari yang telah kita tempuh,walaupun kejayaan yang  kecil, ia mampu menghasilkan kejayaan yang besar.

mulai hari ni.aku akan cuba untuk recall balik apa kejayaan yang aku dah capai dalam satu hari. harap-harap ia dapat bagi aku kekuatan dan naikkan balik self-esteem aku.

on the other hand, cara ni sedikit sebanyak dapat ajar kita jadi hamba yang bersyukur.mudah-mudahan.


Wednesday, April 17, 2013

gagal hari ni, esok boleh cuba lagi.

bila kita tak dapat sesuatu yang kita hajati, takpe jangan risau...just chill....tenang...esok masih ada..boleh try lagi....

itulah ayat buat sedapkan hati yang aku selalu monolog bagi buang jauh-jauh rasa kecewa. hari ni aku balik agak lewat. maghrib baru sampai office. boleh kena diarrhoea. so decided to lepak kedai minum jap teh o pekat sugar free pelali cirit-birit. 

sebenarnye ade tujuan lain tu..alah boleh je balik rumah cepat-cepat pastu minum teh o pekat kat rumah..tapi saje je nak buat sebagai alasan kukuh. hehe... 

tapi.......macam biaselah....arghhh...kenape susah sangat?...ahh..lantaklah..fikir positif...esok masih ada...

balik rumah lagi bagus...