Monday, August 31, 2020

Reset: Satu Gerak Hati

Tepat pada masa pertambahan usia tahun ini aku fikir dan rasa gerak hati yang memaksa seluruh komponen badan bertindak untuk melakukan sesuatu. Ia adalah seperti tindakan "factory reset".
Perasaan yang bukan sahaja menyuruh ubah "habit" tiap hari, tetapi perasaan yang memaksa untuk cuci cara berfikir, cara mengurus masa, cara produktiviti pembelajaran setiap hari, cara membuat penilaian, cara kawal tekanan dan gaya hidup yang seimbang. 

Ia bukan proses tiba-tiba. Ia dorongan yang berkembang dan bertambah setiap ketika dari dahulu lagi. Tapi, aku kalah dengan "mindset" - TAKPE-

Pemikiran takpe ni sebab bagi aku kerana taknak stress dan serabut, tapi bila kerja dah tertangguh buat kita lagi serabut.

Tanpa kira waktu, idea untuk "improvement" tu selalu keluar tapi datang macam bersin yang bila ia berakhir, kita dah lupa. Takde tindakan susulan. Hal ini yang buatkan aku rasa aku terkurung dalam titik sama selama 10 tahun. Jelas sia-sia lagi banyak dari peluang yang dimanfaatkan.

Perasaan dan gerak hati kali ni yang kuat memaksa aku buang semua rutin negatif. Ia macam arahan yang dikeluarkan menyuruh untuk mula langkah pertama bagi semua gerak hati diatas. Situasi dimana kau tak tahu titik akhir langkah yang kau cipta tapi ada satu arahan yang paksa kau untuk -MULA-

Ya, lambat atau cepat tetap aku kena mula semula.


No comments:

Post a Comment