Saturday, May 23, 2015

weekend pun tak boleh relax sangat

setelah lima hari bekerja keras fizikal dengan siapkan kerja on-site, dan mental yang terpaksa menghadap bambu boss dan customers, tiba hujung minggu untuk aku perah otak menghadap tugasan-tugasan 'keep in vacant' minggu sebelum ni. nasib class belum start lagi so selesaikan semua ni sebelum class start. aku dulu tersangat nak belajar how to manage time, tapi tak dapat-dapat. rupanya jawapan untuk persoalan aku tu adalah kesibukan sekarang. kau nak belajar kan?..kau belajar dari susah dulu...

kalau ikut jiwa putus asa memang aku anggap ini macam tak adil untuk diri sendiri, dengan aku sorang je yang kena tiap hari keluar pergi site balik sampai malam, dengan komitmen class, dengan komitmen peribadi lain, aku rasa sangat nk request tambahan masa. aku rasa nak jadi student full time balik, life time tu pergi class, balik class buang masa dengan kawan, pastu ada masa cukup nak main futsal, malam boleh tido lambat. dah. selamat tinggal masa kegembiraan zon selesa ketika study. selamat datang rutin yang memenatkan.

tapi, dari sisi positif, semua ni ajar aku mental kuat, cuba belajar bertolak ansur dan faham orang lain, dan sudah tentu belajar bahagi masa untuk segalanya dalam satu hari. kalau penat, buat jugak.adakan masa walau sekejap. entah ada orang lain yang lagi teruk dari ni.

dulu kerja tempat lama sangat selesa. kerja 8 jam tapi buat kerja pun paling teruk pernah buat cuma 4 jam je..kalau tak teruk?...tak sampai sejam dah siap. so selebihnya rehat. kerja macam ni memang best tapi pergi kerja tak buat kerja pun rasa serba salah jugak.

aku nak try sambung type blog balik nak tengok aku boleh buat ke tak.