its been a while... thought that i wanted close this blog. ultimately b'cause, lack of time, mase aku kat rumah habis untuk berhibernasi je. since i got my designation in h&p calibration, (cewah, just lab asst jek). but, for some reasons, i must keep on
writing typing. I've no reason to throw something in this entry but just to share about Muslims' thought nowadays. nak cakap yang aku dah cukup hebat dan warak tu taklah. tapi nak share ape yang aku baca dalam buku 7 formulas of excellent individuals karangan dr danial zainal abidin. absolutely superb!!. mungkin buku ni dah lame keluar tapi aku baru jumpa. ok berbalik pada benda nak share pasal secret behind the Golcanda Mine. ni salah satu nama tempat kat India. tempat tumpuan pelancong. dan juga salah satu lombong berlian.
Asalnya tanah ni kepunyaan seorang penduduk bernama Ali Hafiz. well-known person with his richness. satu hari seorang datang berjumpa beliau bercerita perihal berlian. "kalau kau ade berlian sebesar ibu jari kau, kau boleh beli sebuah negeri. dan kalau kau ada lombong berlian, kau boleh control dunia."
kerana dek terpengaruh dengan tuntutan dunia itu, maka si Ali ni pun decided to start travel round the world. dan si Ali ni pun jual la semua kebun-kebun dan ladang-ladang dia bagi menampung perbelanjaan perjalanan dia.
selepas puas mencari di segenap pelusuk dunia, si Ali tak jumpa berlian yang dia cari. akibat terlalu frusted, dia ambil keputusan bunuh diri dengan mencampakkan dirinya ke dalam laut. Tamatlah riwayat seorang yang bernama Ali Hafiz.
sementara tu, satu hari owner baru orchards kepunyaan Ali Hafiz ni jalan-jalan meninjau aset yang baru dia beli. bila sampai di satu tebing sungai, die terkejut nampak pasirnya bersinar. setelah menunjukkan kepada orang yang lebih arif, ternyata ia berlian yang dicari-cari Ali Hafiz. Poor Ali Hafiz. dia rugi masa, tenaga, wang dan hidupnya mencari berlian yang sudah memang dia miliki.
jadi kesimpulannya, kebanyakkan kita umat islam sekarang macam si Ali ni. padahal Islam tu syumul (lengkap) tapi kita dok taksub dengan cara dan gaya orang lain. pastu bila ade orang share pasal agama sket, label orang itu gitu gini. tak nak bace ape yang dia share takpe kawan, tapi jangan kau perlekehkan kerja dakwah die. at least dia ada share benda yang ma'ruf. ok, ak pun dulu bole kate taksub la dengan brit-pop ni.fesyen dan gaye sume ak dok try tiru. tapi pikir-pikir balik dah kita dok tiru gaya depa k-pop apa suma, abes tu sapa nak tiru gaya kita? tak kan budak-budak k-pop nak niru gaya kita plak?
tolonglah kawan, tolong jangan perlekehkan orang buat kerja dakwah. dia pun taw dia tak sempurna, and dia sedar sebab dia tak sempurna, dia try nak baiki diri dia. mungkin kita belum sampai masa untuk sedar, harap kita sedar sebelum terlambat. kubur memang lain-lain tapi kalau kita dok meraung buat bising dalam kubur tu nanti, kacau ketenteraman jiran sebelah kubur kita pulak.