cinta itu suci
asalnya murni
boleh jadi noda
bila sang nafsu nakhodanya
cinta sepatutnya indah delima
bukan penuh sengsara
bukan penuh dengan air mata duka
terpulang kepada pemain cinta
ku masih mencari
siapakah dia puspa wangi
yang sanggup temani diri
mungkin dikoordinat penghujung bumi bakal terjumpai
memang susah nak diklasifikasi definisi cinta
kadang berubah mengikut situasi dan masa
terkadang ikut kehendak dan etika
ramai juga yang "menyenangi-kertas-bertulisan-angka"
hari ini suka
esok lain pula
lusa menjadi duka
tulat dendam dalam sukma
mungkin belum sampai seru
kesimpulan dibuat oleh lidah kelu
melihat sahaja dulu itu yang termampu
bersabarlah dulu itu paling perlu
No comments:
Post a Comment