Sunday, May 15, 2011

am I hypnotized?

bismillah

hari ni mak ajar resepi baru lagi. ceh ayat macam sebelum-sebelum ni selalu share resepi jek. hahah. ni first time kot share kat blog sipot ni. sebabkan malam ni ade sambutan hari ibu peringkat lorong Haji Sahal, jadi mak berura-ura nak contribute epok-epok atau bahasa lainnya karipap. bile mak soh kelim kulit epok-epok, terkejut gak tengok kulit epok-epok ni ala-ala simbol hipnotis.
ni kulit epok-epok

lalu diisi dengan isi kentang+daging cincang+karot

lalu jadilah epok-epok pening

dah siap goreng

kek malam tadi.ok ni takde kene mengena

ni plak cara nak buat kulit epok-epok corak pusing-pusing. mule-mule buat dua lapisan tepung berasingan. macam mak saya pilih tepung gandum dan satu lagi tepung coklat.

lepastu tindihkan kedua-dua  lapisan tepung tersebut. macam gambar kat bawah ni

lepastu roll up kan. macam kat bawah ni. sory, gambar lukisan daripada seorang tangan bangku.hahah

dah roll kan, pastu potong jadi slice. macam kek gulung tu. then jadilah kulit epok-epok macam gambar kat atas sekali. ok, itu saje. sape yang otak kreatif, boleh buat corak kucing atau ayam. nothing is impossible.

3 comments: