Tuesday, August 30, 2011

happy eid mubarak and birthday to me

top 10 reasons i'm glad it's today, August 30, 2011

10. it's Tuesday and it's holidays
9.  i wore brand new baju melayu black in colour
8. today like a food festive.laksa, rendang, sambal goreng, kuah kacang. i can eat how much i want
7. all the saudara-saudara pay a visits
6. it's hari raya peeps!
5. my chances to get duit raya. hehe
4. did i mention it's hari raya?
3. this is the day that we ask forgiveness from each others
2. tomorrow is national day
1. ultimately, it's my birthday anniversary. celebrated with hari raya. hehe

gmbr amek kt fb adek aku.lokek upload satu gambar je.

Monday, August 29, 2011

pandan time raya

bismillah

pengajaran hari ni yang aku dapat, sila cucuk duit awal-awal kalau nak pegi shopping kat pandan uptown. plus, musim raya. memang carik nahas la kalau mengada-ngada nak keluar duit kat atm machine maybank kat uptown yang kat hujung dunia tu. konon macam orang banyak duit dalam bank la tu. dan-dan jek turn aku nak cucuk duit, tepat jam 12:00 malam. ingat ni citer cinderella ke ape tepat jam 12: 00 malam, magic abis. machine temporary out of service. oh dang !!!! ape la naseb badan.  dahla mula-mula silap jalan mase nak carik atm machine tu. atm kat belah timur, aku pergi belah barat. tolonglah sape-sape yang jage pandan tu tak kire lah dato' bandar pandan ke, abang kawasan ke Y.B ke, saya nak request atm machine lagi satu buah je. satu pun kire chun dah.

ramainya umat dah satu citer. macam ulat tahi ayam. jadi, buat list barang ape nak beli kat rumah siap-siap sebelum bertolak ke pandan uptown. baru macam budak tingkatan satu baru masuk asrama kene buat list barang-barang nak kene beli sebelum keluar outing.
credit to google image

esok tinggal satu hari lagi nak raye. rase sayu pulak bulan puasa dah nak abis. tahun ni macam tak puas pulak sebab tak dapat tadarus ramai-ramai. siang nanti banyak benda nak kene buat ni. sapu sampah, mop lantai, goreng tauhu gan tempe, masak rendang dan bla bla. tapi satu je masalah. boleh buat ke esok kalau aku tak tido lagi. battery badan dah low, tadi dah gune buat mesin rumput, bakar sampah, buli kucing dan tebas semak. belakang rumah aku dah ade hutan hujan khatulistiwa. so sape nak jungle tracking kat belakang rumah aku sila lah.

Sunday, August 28, 2011

between dreams, responsbility and love?

bismillah

perkara pertama benda yang aku pikir lepas abis study, transportation. aku nak carik satu mini austin. tapi skang ni macam dah jauh je angan-angan tu. ni semua gara-gara tanye kazen aku, engine L2S boleh letak dalam austin ke tak. last-last boleh melalut terpengaruh dengan kancil convert dia. begitu jugak dengan vespa. hurmmm...aku dengan vespa macam tak de jodohla.. :(

 pasni, aku berangan nak beli semua barang yang tertangguh nak beli sejak dari dulu lagi. drum set, kasut macbeth, surfboard dan others. juga nak buat aktiviti yang aku teringin sangat nak buat dari dulu lagi. tapi faktor ekonomi dan masa menjadi penghalang macam pergi melancong dan panjat gunung. ceh, macam tulis novel cinta pertama yang terlarang pulak. ultimately, semua benda-benda ni kene beli atau buat senyap-senyap tanpa pengetahuan my emak..huhu. kalau tak, macam biasalah.

nampak semua materialistik dan lebih kepada kepentingan peribadi la plak angan-angan aku ni. ade jugak impian aku dah nekad nak buat untuk parents aku. tapi dok sebut selalu kang tak jadi pulak. takpelah, simpan dalam hati dulu. lebih kepada responsibility aku sebagai anak. aku rase aku belum jadi anak yang terbaik lagi untuk parents aku. banyak perkara yang parents aku semacam hilang percaya pada aku tapi aku belum buktikan. semua perlu masa dan duit. aku harap sangat-sangat aku sempat. seriously, aku berjuang habis-habisan dan terpaksa tolak jauh dahulu kehendak-kehendak aku tu. mungkin kita tak tahu ape hikmah dan kebaikan dari sesuatu perkara yang terjadi. nampak skang memang aku loser, tapi kesudahannya kita pun tak tahu.

love?....


selamat berpuasa and grab peluang ramadhan di malam-malam terakhir.



Sunday, August 21, 2011

all my own stunts

today i just wan to review and flashback what i've done and what i got throughout 5 months at Puspatri.

firstly, i learnt brand new knowledge that is calibration and instrumentation field
secondly, i met cool superb awesome friends.
thirdly, my nose is fracture while playing friendly futsal match. i was hit by a big kinky guy who thought that i play for nothing. then, my mother said "amboi mengalahkan mat saleh nak patah-patah hidung? " dalam hati ni "of coz la saya ni keturunan mat saleh, dah name atuk mohd salleh"
next, i learnt how to be a gentle public speaker. dan mula lah keep on learning and learning chakap londong
besides, i met a weird unique friends...
then, i discovered how pasir gudang looks like
also, pasir gudang highway. two words - agak fuaka-hati-hati lah...
last but not least, me and shahir was called up by Pengarah because of long hair. dahla while weekly assembly, abes tak pasal-pasal jadi famous...semua orang tengok... malu dok.



selingan : kisah kimi, anak jiran aku. satu hari sang kimi telah menonton tb tentang anak-anak yatim yang mendapat sumbangan derma. jadi, kimi pun terus berlari ke mak aku dan bagitaw
" nenek, (panggilan untuk mak aku), kimi nak jadi anak yatim lah, macam best je jadi anak yatim, nanti dapat macam-macam"
mak kimi yang memang dengar anak die mengarut tu terus menjerit "hoi kimi, cakap ape tu??"

agaknya budak macam kimi ni ingat jadi anak yatim tu untung. biaselah budak kecik cepat belajar. kalau nak ajar satu benda tu jangan separuh-separuh. kang lain die paham.

Thursday, August 18, 2011

face the map of the world

16 haribulan 8 tahun 2011. sejarah baru. to start a new life routine. its cause me little bit dizzy. like jump into cold water at 3 in the morning. its surprising me. jadual waktu biologi aku turut berubah. pagi kene bersiap awal macam biase. pergi kerja sebelum pukul 9 pagi, tapi bulan puasa kene datang awal setengah jam.pukul 6 petang barulah balik. tiap pagi kene bertarung dengan mesin-mesin beroda-roda dekat lebuhraya pasir gudang. suatu lebuh raye yang kalau hati tak cekal, memang kene berpikir berkali-kali. termasuk aku. masuk je highway, kecut-perut macam ayam berak kapoor  kapur.tapi aku terpakse. kalau nak harapkan jalan lain yang lenggang, mungkin kene tunggu entah bila. balik pun macam tu jugak. dedo lah !. this is the reality i must and could face.dunia sebenar diluar sana.

Monday, August 8, 2011

being dilemma

entah kenape aku tak tau hati aku berbelah bagi. nak ikut cakap mak je ke atau stick with my own sentiment. both have its own pros and cons. even though ikut cakap mak memang hukum wajib kan, tapi aku ade point2 sendiri kenape aku pilih tempat internship tu. sekarang ni, jalan nak ke tempat internship aku tu yang dahsyat jadi ultimate reason why mak deny me to choose there besides, kalau pilih kat gelang patah, boleh stay kat rumah akak. berdasarkan pengalaman member yang pernah bekerja kilang, mereka semua tak nak kerja kilang lagi. so they find job that more to lab or plan environment. dan tempat internship yang aku pilih tu lebih kepada lab tapi yang akak aku pilihkan tu adalah kilang. besides, tempat yang aku pilih ade related dengan skill training yang aku amek compare to tempat yang akak aku pilih, more to CNC machining. member pun ade nasehat, semua benda ade risiko. kalau tak cube, kite ade kat takuk lame jela. takut-takut diri kite jadi orang-yang-takut-sebelum-cuba. aku mengaku aku ade ciri-ciri macam tu sket. sebab aku dengar banyak pesanan JANGAN-AKIBAT dari dengar pesanan CUBALAH-AKIBAT. aku ni nak rebel sangat pun tak sampai hati. tak sampai hati bilemane mak aku diam je dengan aku kalau aku tak ikut cakap die. rase bersalah plak. ridhollahu fi ridho walidain. memang betul reda Allah terletak pada reda kedua orang tua kita. memang tak dapat dinafikan. but if we have own decision, salah ke ek nak pilih own decision?. aduyai.

Sunday, August 7, 2011

lazy bones felt tired

it's so tiring. the days full of classes till practical day start. ain't no day to rest except this monday. memang dugaan betul puase tahun ni. sabtu ahad pun ade class. larung sekali. tapi ilmu baru aku dapat. building wiring. dulu memang langsung takde hati dan malas nak pikir pasal wiring-wiring ni. satu memang leceh dan aku dah mindsetting bahwa wiring susah. tapi memang susah pun tadi. what i'd learnt, kawalan satu hala, kawalan dua hala, suis pertengahan, litar gelang. nampak macam simple tapi its; totally memang semak !. semak tengok kabel berselirat. takpa-takpa, mungkin Pak Rosli mule-mule belajar wiring camtu kot. nanti lame-lame dah expert. kadang-kadang aku tengok english yang aku gunapakai macam ye macam tak. takpa lah. janji confident tu penting. teringat plak dulu kalau nak present kat class, mesti amek feel brit english dengan dengar lagu arctic monkey berkali-kali. gaye tu kene ade. yelah, konon-konon dulu teringin nak bercakap London macam Alex Turner. bukan tu jek, tengok rancangan chef celebrity Jamie Oliver pun sebab nak tiru ascent die. tapi Mr Helmy cakap, ascent english kamus yang ade tunjuk camne nak sebut perkataan seketul-seketul adalah yang terbaik.

Tuesday, August 2, 2011

eye set to kill

ramadhan kareem... it was ramadhan again. the month that full of barokah. the month full of privileges.

sahur together

iftar together

terawikh together

tadarrus together

also, the foods is superb. its become eye-set-to-kill for those who go to bazaar ramadhan..hehe

ayam perchek,bubur lambuk,air kathira,murtabak,rangka ayam,kuih puteri mandi,kuih inti lauk,kuih bakar,roti john,ayam goreng gunting,air cendol,air cincau soya,air tebu,rojak asma',roti jala,roti naan,ayam tandoori,char kuey tiaw,keropok lekor,taufufa,jagung rebus,apam balik,roti kebab,nasi kerabu,nasi ayam hainan,warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !



oh, behave ! behave !

Monday, August 1, 2011

sabar itu indah

bismillah

semalam, sudah genap seminggu saya seperti mayat hidup. terlantar sakit. semakin kurus. saya telah disuspek denggi. memang sesuatu yang amat menyakitkan. sehingga ke sekarang am still fighting untuk sembuh sepenuhnya. tiap hari perlu ke hospital untuk repeat blood test.  alhamdulillah, Allah mengajar hambanya yang masih dangkal lagi ini tentang erti kesabaran. kita mudah betul nak marah orang kalau orang buat satu benda yang tak molek depan mata kita. tapi kita tak pernah terfikir bahwa sesuatu benda yang menguji kesabaran kita itu berlaku adalah untuk uji keimanan kita. saya teringat ustaz disekolah lama saya dahulu sering berkata "Allah berfirman; Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum di uji?

memanglah tiap orang nak hidup dia ok, tanpa sebarang problem. bukan Allah tak sayang kita bilamana kita dah solat, dah berdoa, dah berzikir dan buat perkara yang baik tapi kita still diuji, compare dengan member kita yang solat mungkin tunggang-langgang or so on. dia lebih berjaye dan hidup lebih senang berbanding kita.  sabar dulu, jangan cepat mengeluh. berfikir panjang. dulu saya cepat blame on myself and mengeluh. akibatnya saya sering benci diri saya, sering marah-marah orang. setan-setan kan orang. kalau bajet diri dah malaikat sangat, kite setankan orang pun tak perasan kan?

saya suke bace satu kesah yang berkaitan dengan ujian hidup ni. macam ni, ade dua orang nelayan, sorang beriman manakala seorang kafir. yang beriman sering tak tinggal sebut nama Allah ketika hendak menjala manakala yang kafir akan sebut name berhale die ketika menebar jala. hasil tangkapan yang kafir lebih banyak lagi berbanding yang beriman.

malaikat pun bertanya pada Allah, "ya Allah, kenape semua ini berlaku?"

Allah menjawab; "yang menyekutukan Ku pasti dan pasti tempatnya di neraka dan apelah sangat rezki yang bakal hancur jika Ku berikan padanya? manakala hambaKu yang beriman itu Aku mahu mengganjarkannya dengan syurga dan Aku suka mengujinya untuk melihat tingkatan imannya."

muga kesah ni akan terus saya pegang untuk jadi rujukan bile mane rase down lagi. members untuk kita same-same senang memang ramai. tapi belum tentu ade members yang sanggup nak dengar masalah kita. jadi the great ways to mengadu segala masalah kita adalah bermunajat. Adulah pada Allah. Allah suke pada hambaNya yang banyak berdoa pada Nya. saya teringat satu kesah yang menimpa kawan saya. kawannya mengaku bahwa diri dia adalah seorang sahabat, bukan kawan. yang sanggup bersusah-payah dan mahu melihat kawan dia hidup senang. padahal itu semua ayat manis untuk kawan die masuk MLM. ok, experiences are the great school. bagi saya, blog saya adalah kawan bisu saya yang sanggup mendengar. blog ini jelah saya luahkan segale yang terbuku sebab saya tahu blog saya ni tiade pembace tegar. lainlah kalau saya ni film star or public figure.