hari ni bersamaan 12 rabiulawal 1432 hijriah. merupakan hari yang sangat bermakna. hari kelahiran junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. utusan Allah penyebar rahmat di sekelian alam. tidaklah niat saya menulis entri kali ni kerana mengikut trend bloggers yang lain atau cuma percubaan picisan untuk menaikkan trafik blog sambil mengharap iklan nuffnang saya di tekan berkali-kali. tapi, hari ni mari kita fikir sejenak walau 5 minit pun takpe. muga dengan usaha 5 minit ni akan bukak lah pintu hati kita untuk mencintai Rasulullah s.a.w lagi dan lagi. fikirlah ketabahan baginda nabi. bagaimana ketika baginda nabi dicemuh, dilabel gila oleh musyrikin ketika menegakkan kalimah tauhid.subhanallah. fikir bagaimana sayangnya nabi pada umatnya ketika itu bilamana dakwahnya di bumi thoif disambut dengan batu hingga luka tubuh baginda yang mulia. fikirlah ketika mana baginda nabi sedang menghadapi sakarat, tetap baginda nabi mengkhuatiri akan kita umatnya ketika ni.
ummatku...ummatku...ummatku...
betapa mulianya utusanMu ni ya Allah. jauh sekali ku rasa kepedulian dan kecintaanku pada baginda rasul. memang saya akui ketika ni, sirah junjungan yang dipelajari ketika bangku rendah dan menengah hanyalah kepedulian atas dasar orientasi peperiksaan. bukan pengamatan dan penghayatan yang penuh terhadap sirah nubuwwah itu sendiri. maafkanku ya Rasulullah...kerana ummatmu ni terlampau leka dengan agenda dunia. terimalahku sebagai ummatmu...
اللهم صلى على محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم
No comments:
Post a Comment