Sunday, September 25, 2011

Junko Furuta

pernah tak kalian mendengar kisah menyayat hati yang berlaku ke atas seorang remaja Jepun, Junko Furuta suatu masa dahulu?. kemungkinan belia yang lahir pada lewat 1980's dan awal 1990's tidak mengetahui akan kejadian malang ini.

kisah bermula dilaporkan apabila Furuta, 16 (89) telah dikurung dan dipenjara oleh 4 orang lelaki termasuk dirumah Kamisaku (salah seorang pembunuh terlibat). sepanjang 44 hari Furuta dikurung, bermula 25 november 1988 hingga 4 january 1989, terlalu banyak penyeksaan demi penyeksaan yang ditanggung oleh Furuta.

antara penyeksaan yang ditanggung oleh beliau:
1.dirogol (satu sumber mengatakan >400 x)
2. dipaksa minum kencing sendiri
3.benda asing seperti rokok, botol, tulang ayam dan gunting dimasukkan kedalam kemaluan
4.juga, mercun dan bulb mentol diletupkan didalam kemaluannya
5.diperlaku seperti punching beg
6. dumbell dihentak ke perut
7.putingnya dicabut dengan plier
8. suatu ketika, kaki,lengan,muka dan perut disimbah cecair mudah terbakar dan dibakar.

sehari kemudian Furuta mati kerana tak tahan akibat diseksa sedemikian rupa. Mayatnya dimasukkan kedalam tong drum 55 gallon dan dipenuhkan dengan simen. yang dikesalkan, para pembunuh hanya dipenjara 8 tahun saja sebelum dibebaskan kerana kes ini dikategorikan sebagai juvana.

In memory 1972-1989

Concrete, filem yang mengisahkan tentang cerita pembunuhan Furuta.

semuga kita ambil iktibar kejadian ni dan berhati-hatilah kawan-kawan. Look over adik wanita anda dan juga kawan-kawan wanita, berhati-hatilah. jangan merasa terlalu bebas kesana-kemari.

sunday. september 25, 2011

weekday. bangun pagi, macam biasa sambung tido balik. bangun balik, tak tahu aku nak buat ape. just review satu minggu ni aku buat ape. dalam seminggu ni ape kejayaan kecil yang aku dah capai.
1. aku maintain bangun awal pagi (kecuali weekend, tido balik)
2. aku berjaya siapkan kerja on-the-time
3. berjaya pergi gunting rambut (nampak macam nonsense, tapi kejayaan besar bagi aku,sebab kalau boleh aku nak simpan rambut)


lessons of the week:
1. aku kena belajar belajar tenang dan kawal temper. bila dah temper. menyirap sampai naik kepala. susah nak berfikir secara logik. tak suke betul la bila dah hilang sabar ni. macam mane nak pikul tanggungjawab yang besar-besar lepas ni kalau tak boleh bersabar dengan benda yang kecik kan?.ya Allah, bagilah kepadaku kewarasan untuk berfikir.

2. kena kurangkan sarcasm. rase macam buat benda tak berfaedah bila dah over-sarcasm.

3. bila kita macam lambat nak buat keputusan, orang label dungu. bile kite buat keputusan on-the-spot, orang akan salahkan kita buat keputusan terburu-buru. jadi, biar lambat asal selamat.

Sunday, September 18, 2011

kentang sumbat

Alhamdulillah wassolatu ala rosulillah...


hari ni aku nak share satu respi yang aku sendirik tiru kat internet. tak tau lah makanan ni dikategorikan sebagai ape. maksud aku, dessert ke, sesuai untuk breakfast ke, atau minum petang. sebab saje-saje nak try buat benda baru, so, try lah buat benda alah ni.



bahan-bahan:

- kentang (beberapa bijik tu ikut suke hati)
- telur sebijik
- whipping cream
- black paper
- nak letak cebisan daging ayam pun boleh

caranya:

-rebus kentang hingga empuk.
-belah dua kentang tu dan korek isi
-blend telur dengan whipping cream dengan isi kentang.
-isi balik bahan yang dah di blend td dekat kulit kentang.
-sumbat daging ayam sket.
-tabur black pepper sket.
-bakar pada suhu 160 degrees.

so, jadilah macam ni

Saturday, September 3, 2011

raya pertama 2011/1432

pagi subuh raya bangun dengan rasa mengantuk tak cukup tidur lagi. aku bangun terus setel fardhu subuh dulu. lepas setel, terus sambung tidur balik sementara tunggu pukol 8. pukol 8 jek, mak dah mule berleter. lagaknya macam perunding motivasi jemputan. aku yang tak tahan dengar mak babbling, terus capai tuala terjun jamban bilik mandi. bak kate Fitri, lincah-Majid (mungkin kat Simpang Renggam ade orang name Majid yang suke buat keje laju-laju), aku terus bersiap-siap sebab akak aku dah start kete. then, terus pergi.

balik dari masjid, perkara pertama kitorang buat mestilah bermaaf-maafan. time ni la episod slot Akasia Samarinda sume muncul. aisshh, tak baik. ok2. time ni la mase nak ngaku salah depan parents dan berazam nak jadi yang lebih terbaik.




dah abis sesi bermaaf-maafan. apa lagi. banzai!!!..serang makanan. haha.macam-macam ada. rendang aku (tolong buat), ketupat daun kelapa abang Domok, ketupat daun palas, ketupat nona Maslee, sambal goreng mak, sambal kachang akak, lodeh makcik Zah, ayam masak merah mak Edah, ayam masak kari Mak Andak, laksa johor paling superb setakat ni dari Mak Echon, nasi tomato Mak Enon. makanan pertama yang aku serang, sudah tentu laksa johor Mak Echon la. takut habis. makan memang tak toleh lagi. yang lain kirim salam perantauan je lah. haha.

ketupat abg Domok anyam


pagi tu customers orang pertama yang datang beraya adalah anak-anak makcik Zah. then baru Abang Nasir Tukang Urut dan keluarga datang.

kemah keming Abe Nasir

puahsang doh si aiman ni kak kiah.
pastu, rombongan Mak Long batu 10 datang. kenapa dipanggil rombongan? sebab mereka datang 5 kereta sekaligus. tapi Mak Longnye takde plak tahun ni. cume anak-anak dan cucu-cicit sebagai wakil. sayangnya gambar rombongan mereka takde. sebab tak menang tangan menuangkan air. ceh tipu. padahal malu dengan kazen sendiri tu. hehe.. :P

tengah ari sikit, akak tiri aku dengan anak die serta teman laki die datang beraya. time ni aku dah malas dah. masuk bilik terus bayar hutang tidur.

itu jelah kot aktiviti aku buat mase raya pertama. cuma makan dan tidur mengisi schedule aku.

selamat hari raya maaf zahir batin.

Thursday, September 1, 2011

joy of happiness

pretend to be happy?

pretend to be joy?

pretend to be strong enough?

please don't. don't pretend.



...so laugh and joke around
remember cuddles in the kitchen
to get things off the ground
and it was up, up and away.



"happiness is not in the mere possession of money, 
it lies in the joy of achievement, 
in the thrill of creative effort."
-Franklin D. Roosevelt