Saturday, September 3, 2011

raya pertama 2011/1432

pagi subuh raya bangun dengan rasa mengantuk tak cukup tidur lagi. aku bangun terus setel fardhu subuh dulu. lepas setel, terus sambung tidur balik sementara tunggu pukol 8. pukol 8 jek, mak dah mule berleter. lagaknya macam perunding motivasi jemputan. aku yang tak tahan dengar mak babbling, terus capai tuala terjun jamban bilik mandi. bak kate Fitri, lincah-Majid (mungkin kat Simpang Renggam ade orang name Majid yang suke buat keje laju-laju), aku terus bersiap-siap sebab akak aku dah start kete. then, terus pergi.

balik dari masjid, perkara pertama kitorang buat mestilah bermaaf-maafan. time ni la episod slot Akasia Samarinda sume muncul. aisshh, tak baik. ok2. time ni la mase nak ngaku salah depan parents dan berazam nak jadi yang lebih terbaik.




dah abis sesi bermaaf-maafan. apa lagi. banzai!!!..serang makanan. haha.macam-macam ada. rendang aku (tolong buat), ketupat daun kelapa abang Domok, ketupat daun palas, ketupat nona Maslee, sambal goreng mak, sambal kachang akak, lodeh makcik Zah, ayam masak merah mak Edah, ayam masak kari Mak Andak, laksa johor paling superb setakat ni dari Mak Echon, nasi tomato Mak Enon. makanan pertama yang aku serang, sudah tentu laksa johor Mak Echon la. takut habis. makan memang tak toleh lagi. yang lain kirim salam perantauan je lah. haha.

ketupat abg Domok anyam


pagi tu customers orang pertama yang datang beraya adalah anak-anak makcik Zah. then baru Abang Nasir Tukang Urut dan keluarga datang.

kemah keming Abe Nasir

puahsang doh si aiman ni kak kiah.
pastu, rombongan Mak Long batu 10 datang. kenapa dipanggil rombongan? sebab mereka datang 5 kereta sekaligus. tapi Mak Longnye takde plak tahun ni. cume anak-anak dan cucu-cicit sebagai wakil. sayangnya gambar rombongan mereka takde. sebab tak menang tangan menuangkan air. ceh tipu. padahal malu dengan kazen sendiri tu. hehe.. :P

tengah ari sikit, akak tiri aku dengan anak die serta teman laki die datang beraya. time ni aku dah malas dah. masuk bilik terus bayar hutang tidur.

itu jelah kot aktiviti aku buat mase raya pertama. cuma makan dan tidur mengisi schedule aku.

selamat hari raya maaf zahir batin.

2 comments:

  1. eheheh...raya pertama pon msih nk tidur lg erk...=)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya jugak encik Aman. Maaf zahir dan batin. hehe.

    time kasih sudi datang :D

    ReplyDelete