3.00 a.m = masih tidak dapat melelapkan mata akibat komposisi kafein yang tinggi dalam otak.pehal lah tak boleh tidur ni.
6.30 a.m = bersiap awal-awal takut terlelap dengan mandi dan merebus telur separuh masak sambil mengharapkan afiq dah bangun.
8.00 a.m = kejutkan member-member lain tapi hampa. mereka masih dalam selimut.menunggu lagi sehingga matahari panjang segalah.terlelap tiba-tiba.
9.15 a.m = terbangun setelah ditelefon oleh shamir. huh, baru sekarang korang bangun.tak banyak cakap terus ambil barang dan bergegas ke rumah mereka.
10.00 a.m = bergerak ke stesen keretapi tanah melayu francais Batang Benar dengan menaiki kereta Prebet Sapu. pengangkutan alternatif ini dipilih kerana keterlebihan kuantiti muatan untuk menaiki pengangkutan awam halal.(anak-anak, jangan tiru aksi ini ya)
ketika menunggu keretapi sampai dengan muka baru bangun tidur afiq masih belum hilang.6.30 a.m = bersiap awal-awal takut terlelap dengan mandi dan merebus telur separuh masak sambil mengharapkan afiq dah bangun.
8.00 a.m = kejutkan member-member lain tapi hampa. mereka masih dalam selimut.menunggu lagi sehingga matahari panjang segalah.terlelap tiba-tiba.
9.15 a.m = terbangun setelah ditelefon oleh shamir. huh, baru sekarang korang bangun.tak banyak cakap terus ambil barang dan bergegas ke rumah mereka.
10.00 a.m = bergerak ke stesen keretapi tanah melayu francais Batang Benar dengan menaiki kereta Prebet Sapu. pengangkutan alternatif ini dipilih kerana keterlebihan kuantiti muatan untuk menaiki pengangkutan awam halal.(anak-anak, jangan tiru aksi ini ya)
'Fab Four'..(gelaran yang dipinjam daripada The Beatles).
12.30 p.m = sampai di KL Sentral dan bergegas mencari medan selera yang berpatutan. setelah puas meninjau akhirnya ayam goreng Kentucky terpaksa menjadi pilihan kami berbanding shamir dan afiq yang memilih untuk bersantap di isyarat diterima ayam jantan Kenny atau isyarat Kenny diterima ayam jantan,(pilih mana satu yang sedap disebut) setelah melihat draf kewangan yang agak goyah.menikmati pinggan malam bersama uvais dan shafiq.
bilalah peluang untuk makan disini muncul dalam hidupku
menemankan shamir dan afiq ketika sedang menunggu pesanan menu di Kenny terima isyarat ayam jantan.
2.00 p.m = setelah menyelesaikan tanggungjawab, bergegas ke gelanggang makanan KL Sentral berjumpa dengan sepupu shamir bagi mengikuti diskusi tentang 'hidden hand'. sebenarnya bukanlah diskusi secara formal tetapi lebih kepada perbincangan ala-ala sembang di warung kopi.apa yang kami bincangkan nanti di pos pada entri akan datang.
hubungan yang lebih mesra terjalin antara mereka. haha, gurau ja.
6.00 p.m = perbincangan selesai dan masng-masing bergerak pulang.walaupun penat setelah 4 jam melepak sambil mendengar penerangan daripada seorang yang arif tentang pergerakan sulit antarabangsa,perbincangan itu telah membuka minda kesedaran kami tentang perihal globalisasi semasa dan memupuk rasa peduli terhadap apa yang berlaku di Malaysia kini.
anak-anak, jangan sesekali mempraktikkan gaya menyembunyikan tangan sebelah didalam baju (hidden hand) ketika bergambar ya.ini adalah salah satu simbol secret society.
agak-agak nak masuk maghrib = kami sempat berjalan-jalan sekitar kawasan KL Sentral sambil menikmati produk 'makanan laju' keluaran Mc Donald.
shafiq dengan gaya Matthew Bellamy;vokalis Muse,band pujaannya
tengok awek baju ungu tu, saje menumpang publisiti kami.hehe.
waktu malam dingin sejuk mengigit tulang = kami sampai ke stesen keretapi cawangan Batang Benar sambil menunggu Prebet Sapu tadi tapi hampa. terpaksa menaiki teksi untuk balik ke rumah.
suasana sepi dan seram di stesen KTM Batang Benar
p/s:maaf, kebanyakkan istilah dibahasa melayukan bagi tujuan memupuk rasa cintakan bahasa ibunda kepada pembaca.
p/s²:format penulisan entri kali ini sengaja dibuat seperti menulis diari agar informasi dan data dapat difahami oleh pembaca.