Wednesday, March 31, 2010

akhirnya kita sorang-sorang

selamat pagi rabu rakan².......kita mesti berasa beruntung..ada kawan yang ramai, duit yang banyak, masa untuk lepak dengan kawan-kawan,pergi mana-mana ada kawan sapa...

sekadar gambar hiasan

kalau yang ada awek pula, dapat keluar jalan-jalan dekat taman dengan awek, dapat tengok wayang dengan awek, keluar temu janji sampai tak sedar jam sudah pukul satu pagi..., bangun pagi-pagi awek telefon, (ceh macam emo ja takde awek)

tapi kita pernah terlintas memikirkan bahawa satu hari nanti semua ini akan berakhir?...takde lagi awek calling², takde lagi masa untuk lepak dengan kawan², kita akan berasa sorang², makan sorang, minum sorang²,jalan sorang²,mandi sorang²..eh, memangla kan...yang pasti dan pasti kita duduk dalam kubur 'penthouse' pun sorang²...

sumber google


kenapakah saya berkata seperti di atas?...sebab saya sudah mula merasainya.....tuntasnya hargailah masa suka kita sebelum tiba waktu luka... sebelum kita sudah mula merasa kehilangan orang² penting dalam hidup kita sedikit demi sedikit. sebelum sudah tiada lagi masa senggang untuk kita berdekah dengan kawan² kita....memang ini ujian dalam hidup yang diberikan tuhan untuk kita....perlu redha dengan semua takdir tanpa putus asa...

Tuesday, March 30, 2010

dajjal dan teknologi pencarian imam mahdi:benarkah?

peace be upon u...ketika saya sedang melayari internet, tanpa disedari, saya telah memasuki sebuah blog yang hampir kesemua input dan entri berwacanakan tentang teori-teori konspirasi serta doktrin-doktrin palsu puak yang sememangnya kita ketahui sentiasa dan pasti mencari jalan untuk menghancurkan umat islam. apakah matlamat dan modus operandi utama lain mereka? tentunya tidak lari dari titik mencantas iktikad dan pegangan hidup kita. tujuan saya menulis kali ini hanyalah sekadar berkongsi input, jika tersalah, sila betulkan saya. sesungguhnya sudah pasti dan pasti mereka akan terus mencari jalan untuk merealisasikan matlamatnya dengan sedaya upaya menakluk pusat pemikiran kita lantas cuba mengawal gerak geri dan corak kehidupan kita semua.misi yang licik ini telah dirancang rapi sejak beribu-ribu tahun dahulu. baru-baru ini, (tidaklah baru sangat, mungkin sudah lama), syarikat Hitachi telah mengeluarkan sebuah teknologi cip sebesar habuk atau singkatannya RFID telah memberi harapan berbunga-bunga yang palsu kepada para orientalis untuk memudahkan kerja-kerja mereka. teknologi ini diharap bagai platform untuk mewujudkan satu tracking system bersaiz global. bayangkan sahaja kuasa cip habuk yang bersaiz 2.5 GHz? memanglah pada mulanya fungsi teknologi ini untuk memudahkan kerja manusia dari segi teknologi maklumat, akan tetapi misi udang disebalik mee kantonis restoran kg.Gebok..aduyai, terasa laparlah pulak...ok2, jangan main-mainla, serius!!...cip ini mampu menyenangkan kerja mereka untuk mengawal pergerakan manusia sejagat.ok, apakah pula kaitan tajuk 'pencarian imam mahdi' dengan cip ini? baiklah, berdasarkan pembacaan saya, mereka berharap teknologi ini mampu memberi informasi tentang keberadaan imam mahdi. nampak sangat mereka masih memasang impian palsu. mereka sebenarnya sangat gentar dengan ketibaan imam mahdi sampaikan membuat tindakan sedemikian rupa.sekaligus mereka akui kebenaran janji-janji Allah tetapi tidak mengimaninya.begitulah kalau sikap ego merajai segala tindak-tanduk kita, walhal bangsa mereka sudah diingatkan sekerap kali.tetapi kalau sudah dasar degil dan keras kepala, cakap apa pun tak makan saman. akan tetapi janji Allah pasti nyata walau sehebat mana pun teknologi mereka. dimaklumkan juga bahawa mereka menggunakan vaksin H1N1 sebagai satu medium untuk mengawal kita.bagaimana? mungkin mereka masukkan sekali cip ni dalam vaksin tu...mungkinlah..Allah knows best..saya menyeru diri saya sekali supaya sentiasa berjaga-jaga dan menyiapkan diri dengan amal dan ilmu moga kita tidak tersentap dikemudian hari... sila lawat blog ini untuk mengetahui lebih lanjut.oklah kawan-kawan, saya nak pergi makan, tu lah sape suruh cakap pasal makan. selamat maju jaya.

Monday, March 15, 2010

genting theme park kota keriangan?

salam rakan-rakan dan ahoy....pernahkah anda menceburkan diri ke salah satu theme park tumpuan di Malaysia yang terletak di tanah tinggi Genting?....terletak di negeri Pahang darul makmur, semestinya menjadi tumpuan para pelancong dan pemburu hiburan.. taman tema Genting sememangnya terkenal dengan pelbagai permainan "gilanya". maksud "gila" disini adalah mungkin permainan yang sudah lapuk ditelan zaman, atau permainan yang memang membuat hormon adrenalin anda membuak-buak, sehingga anda terfikir, disiniah anda menghembuskan nafas terakhir?... salah satu tarikan yang ada di Genting theme park ini adalah solero shot?...ya, permainan naik tiang tinggi sebatang secara laju-laju.. sememangnye ini adalah permainan yang saya rasa cukuplah sekali saya menyeksa jiwa dan raga saya,lepas ini memang tak nak naik dah. sesampai disana, solero shot adalah permainan pertama saya dan rakan-rakan. tanpa ada sebarang strectching dan warming up, kami terus naik..perasan teruja saya mengatasi perasaan gerun dan takut,tapi itu hanya seketika selepas seorang kawan saya yang sudah berpengalaman menaiki bndaini membuat muka separuh pucat macam mayat mati terkujat dan seorang kawan saya lagi memberi alasan hendak berak,takut waktu berak dia terlepas...aish...masa ni lah kau nak berak?..ok2 sambung cerita, tanpa sebarang amaran atau siren, benda itu meluncur laju keatas tanpa saya sempat membuat persediaan terakhir...Allah saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu, marah, tak puas hati, gayat,punggung hendak tercabut, semua ada..saya tak mampu buka mata, sungguh menyeksakan batin saya!!..seperti diseksa oleh pegawai penjara, kalau yang seksa saya wanita berpakaian seksi sambil melibas-libas tali cemeti tidak mengapalah..sungguh kalau medium ini menjadi salah satu hukuman yang dikenakan kepada banduan-banduan di Malaysia, saya rasa mereka akan serik, bagi saja mereka naik benda itu seratus kli dalam sehari selama sebulan, biarkan, puas hati aku!!..mintak maaflah kalau saya diminta untuk naik kembali benda ini..bukan kota keriangan ni, kota penderitaan, penyeksaan, kesengsaraan.


gambaran solero shot yang saya ambil di google

saya tidak puas hati lagi, jadi saya letak gambar yang diambil sendiri oleh rakan saya

seleps itu, saya dapat naik, bahtera yang "swing-swing" dan masih terasa gayat. aish, tak habis-habis sikap gayat kau ni.yang paling tidak seronok adalah menaiki kereta yang berjalan atas landasan,saya nak menggelarkannya pun saya tak tahu, lalu kereta itu memasuki rumah lanun, sungguh tak best.sekurang-kurangnya keluarlah muka joni depp ka,burung kakak tua ke,gambar cangkuk tangan lanun ke, ini tidak, gelap sahaja.memang sudah jumud ditelan zaman.antara permainan lain yang agak best adalah go-kart, bot satu enjin dan itu jela..yang lain seperti taman dinosaur dan roler coaster buatan Malaysia adalah biasa.dan ada beberapa permainan yang lain tidak sempt dijamah kerana kesuntukan masa dan tuntutan perut yang lapar.

Hasni dan Shafiq kesayangan mama-mama

Aufa dan Shamir kesayangan auntie-auntie


kami sungguh lepak berjalan,terpaksa berehat sekejab


penat sungguh berjalan mencari medan makan

selepas makan di sebuah restoran mapley, kami menyambung aktiviti kesengsaraan dengan memasuki rumah salji.barulah saya tahu derita warga Asia beriklim khatulistiwa yang pergi ke negara yang beriklim sejuk..tapi, kenapakah orang rumah salji tu bagi aiskrim kepada semua pengunjung?..ada sesiapa boleh jelaskan situasi ini?mane tahu ade teori sains bersangkutan dan norma penduduk iklim sejuk menikmati aiskrim?

antara gambar di rumah salji yang ditangkap secara curi-curi

dan lagi sekali..



selingan:mereka bukan yang disangka difikiran anda,tapi kasih-sayang mengatasi segalanya..hehe.(gurau je geng)


gambar-gambar yang menarik tempoh hari diambil oleh freelance photographer ini...hehe..promo sikit

nota:ok itu sahaja..jika terasa kecik hati dengan bahasa dan gambar yang digunakan, harap maaf..tujuan saya hanya untuk bergurau..:)

Sunday, March 14, 2010

saya agak busi??

salam..ahoy rakan-rakan.......apa kabar?.....sudah makan ke belum??....kalau belum, pergi makan..haha..sudah merancang aktiviti serta tentatif program yang ingin dilakukan pada hujung minggu?...apa projek anda?...lepak sahaja dirumah?.... keluar tengok wayang?....window shopping?...haha...buat assigment lah...hoho....saya sungguh agak sibuk pada minggu ini..jadi tiada info yang menarik ingin dikongsikan pada entri kali ini kerana kesuntukan masa...justeru..emmm.....selamat berhibur dihujung minggu...

Friday, March 12, 2010

tips memilih kasut



entri kali ni, saya ingin berkongsi perihal kemahiran kita ketika memilih kasut baru untuk dibeli..semuga entri kali ini sebanyak sedikit dapat menyuluh minda anda dalam membuat keputusan memilih kasut dengan lebih tepat dan jitu..tips ini saya kumpul dan selidik daripada majalah-majalah keluarga yang terpileh serta medium elektronik agar betul-betul menepati cita rasa semasa masyarakat.

- pilih kasut ¼ inci lebih panjang daripada kaki anda,pastikan ketika mengukur, anda sedang berdiri

- pastikan kasut anda cukup lebar supaya jari kaki anda tidak kejang ketika memakainya.situasi kejang dapat membantut pergerakan seharian anda.

- seeloknya beli kasut ketika waktu petang, ini kerana pada ketika ini kaki anda mengembang dan anda mampu mendapatkan saiz kasut yang bersesuaian.

- pastikan tumit kasut tidak melebihi ½ inci kerana ia boleh menyebabkan berat berlebihan pada bahagian hadapan kaki anda.

- kaedah tambahan.berdiri atas kadbod dan minta kawan anda melukis bentuk kaki anda.kemudian potong kadbod berdasarkan saiz kaki anda untuk dijadikan ukuran ketika membeli kasut. tips ini boleh dilakukan bagi mereka yang inginkan kesempurnaan dalam membuat keputusan.



bersyukurlah kita dengan nikmat dapat memakai kasut yang selesa dan nyaman....:)

Thursday, March 11, 2010

result SPM keluar hari ni..!!!...

wohohoho....apsal intro macam tu?...mungkin akibat begitu teruja ingin mengetahui result spm adek saya lantas diterjemahkan keterujaan itu dalam bentuk nada suara... sebagai mana yang diketahui, SPM adalah medium atau platform bagi para pelajar di sekolah menengah untuk membuktikan sejauh mana nilai serta prestasi mereka dalam pelajaran sebelum terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi seperti di matrikulasi atau kolej atau universiti dalam dan luar negara atau sekadar tanam anggur dan menghabiskan beras di dapur.... apelah!!..asyik merepek je..ok2..jalan terus ke titik, tanggal march 11, 2010.. para calon spm tahun 2009 tidak sabar-sabar menanti keputusan spm mereka...sudah menjadi kepastian, perasaan berdebar, teruja, takut, gemuruh dan ingin tahu menguasai setiap ruang rongga abdomen mereka...haha..merepek lagi!!..ok2..serius....salah seorang daripada golongan itu adalah adek saya....lantas tepat jam 11:54 a.m waktu semenanjung Malaysia, adek saya menghubungi saya dan memaklumkan bahwa dia mendapaT 1D,4C,1B dan 5A...huhu..apelah...pergilah telefon mak dulu..bagitau aku dulu buat ape?..haha... point of view atau titik pemandangan disini adalah keputusannya lebih baek dari saya..huhu...malu2!!...apa-apa pun..tahniah....



Saturday, March 6, 2010

kecewa

hari ini aku betul-betul merasai kehilangannya.................