“I write to give myself strength. I write to be the characters that I am not. I write to explore all the things I'm afraid of. ” Joss Whedon
Tuesday, March 30, 2010
dajjal dan teknologi pencarian imam mahdi:benarkah?
peace be upon u...ketika saya sedang melayari internet, tanpa disedari, saya telah memasuki sebuah blog yang hampir kesemua input dan entri berwacanakan tentang teori-teori konspirasi serta doktrin-doktrin palsu puak yang sememangnya kita ketahui sentiasa dan pasti mencari jalan untuk menghancurkan umat islam. apakah matlamat dan modus operandi utama lain mereka? tentunya tidak lari dari titik mencantas iktikad dan pegangan hidup kita. tujuan saya menulis kali ini hanyalah sekadar berkongsi input, jika tersalah, sila betulkan saya. sesungguhnya sudah pasti dan pasti mereka akan terus mencari jalan untuk merealisasikan matlamatnya dengan sedaya upaya menakluk pusat pemikiran kita lantas cuba mengawal gerak geri dan corak kehidupan kita semua.misi yang licik ini telah dirancang rapi sejak beribu-ribu tahun dahulu. baru-baru ini, (tidaklah baru sangat, mungkin sudah lama), syarikat Hitachi telah mengeluarkan sebuah teknologi cip sebesar habuk atau singkatannya RFID telah memberi harapan berbunga-bunga yang palsu kepada para orientalis untuk memudahkan kerja-kerja mereka. teknologi ini diharap bagai platform untuk mewujudkan satu tracking system bersaiz global. bayangkan sahaja kuasa cip habuk yang bersaiz 2.5 GHz? memanglah pada mulanya fungsi teknologi ini untuk memudahkan kerja manusia dari segi teknologi maklumat, akan tetapi misi udang disebalik mee kantonis restoran kg.Gebok..aduyai, terasa laparlah pulak...ok2, jangan main-mainla, serius!!...cip ini mampu menyenangkan kerja mereka untuk mengawal pergerakan manusia sejagat.ok, apakah pula kaitan tajuk 'pencarian imam mahdi' dengan cip ini? baiklah, berdasarkan pembacaan saya, mereka berharap teknologi ini mampu memberi informasi tentang keberadaan imam mahdi. nampak sangat mereka masih memasang impian palsu. mereka sebenarnya sangat gentar dengan ketibaan imam mahdi sampaikan membuat tindakan sedemikian rupa.sekaligus mereka akui kebenaran janji-janji Allah tetapi tidak mengimaninya.begitulah kalau sikap ego merajai segala tindak-tanduk kita, walhal bangsa mereka sudah diingatkan sekerap kali.tetapi kalau sudah dasar degil dan keras kepala, cakap apa pun tak makan saman. akan tetapi janji Allah pasti nyata walau sehebat mana pun teknologi mereka. dimaklumkan juga bahawa mereka menggunakan vaksin H1N1 sebagai satu medium untuk mengawal kita.bagaimana? mungkin mereka masukkan sekali cip ni dalam vaksin tu...mungkinlah..Allah knows best..saya menyeru diri saya sekali supaya sentiasa berjaga-jaga dan menyiapkan diri dengan amal dan ilmu moga kita tidak tersentap dikemudian hari... sila lawat blog ini untuk mengetahui lebih lanjut.oklah kawan-kawan, saya nak pergi makan, tu lah sape suruh cakap pasal makan. selamat maju jaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku dah penah baca bnda ni.
ReplyDeletebagusla faiz farish..:)tolong sampaikan dgn niat nk kongsi ilmu...mybe anda seorang dr glongn yg tahu..tp ade juga yg msih xtahu..:)
ReplyDelete