salam rakan-rakan dan ahoy....pernahkah anda menceburkan diri ke salah satu theme park tumpuan di Malaysia yang terletak di tanah tinggi Genting?....terletak di negeri Pahang darul makmur, semestinya menjadi tumpuan para pelancong dan pemburu hiburan.. taman tema Genting sememangnya terkenal dengan pelbagai permainan "gilanya". maksud "gila" disini adalah mungkin permainan yang sudah lapuk ditelan zaman, atau permainan yang memang membuat hormon adrenalin anda membuak-buak, sehingga anda terfikir, disiniah anda menghembuskan nafas terakhir?... salah satu tarikan yang ada di Genting theme park ini adalah solero shot?...ya, permainan naik tiang tinggi sebatang secara laju-laju.. sememangnye ini adalah permainan yang saya rasa cukuplah sekali saya menyeksa jiwa dan raga saya,lepas ini memang tak nak naik dah. sesampai disana, solero shot adalah permainan pertama saya dan rakan-rakan. tanpa ada sebarang strectching dan warming up, kami terus naik..perasan teruja saya mengatasi perasaan gerun dan takut,tapi itu hanya seketika selepas seorang kawan saya yang sudah berpengalaman menaiki bndaini membuat muka separuh pucat macam mayat mati terkujat dan seorang kawan saya lagi memberi alasan hendak berak,takut waktu berak dia terlepas...aish...masa ni lah kau nak berak?..ok2 sambung cerita, tanpa sebarang amaran atau siren, benda itu meluncur laju keatas tanpa saya sempat membuat persediaan terakhir...Allah saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu, marah, tak puas hati, gayat,punggung hendak tercabut, semua ada..saya tak mampu buka mata, sungguh menyeksakan batin saya!!..seperti diseksa oleh pegawai penjara, kalau yang seksa saya wanita berpakaian seksi sambil melibas-libas tali cemeti tidak mengapalah..sungguh kalau medium ini menjadi salah satu hukuman yang dikenakan kepada banduan-banduan di Malaysia, saya rasa mereka akan serik, bagi saja mereka naik benda itu seratus kli dalam sehari selama sebulan, biarkan, puas hati aku!!..mintak maaflah kalau saya diminta untuk naik kembali benda ini..bukan kota keriangan ni, kota penderitaan, penyeksaan, kesengsaraan.
gambaran solero shot yang saya ambil di google
saya tidak puas hati lagi, jadi saya letak gambar yang diambil sendiri oleh rakan saya
seleps itu, saya dapat naik, bahtera yang "swing-swing" dan masih terasa gayat. aish, tak habis-habis sikap gayat kau ni.yang paling tidak seronok adalah menaiki kereta yang berjalan atas landasan,saya nak menggelarkannya pun saya tak tahu, lalu kereta itu memasuki rumah lanun, sungguh tak best.sekurang-kurangnya keluarlah muka joni depp ka,burung kakak tua ke,gambar cangkuk tangan lanun ke, ini tidak, gelap sahaja.memang sudah jumud ditelan zaman.antara permainan lain yang agak best adalah go-kart, bot satu enjin dan itu jela..yang lain seperti taman dinosaur dan roler coaster buatan Malaysia adalah biasa.dan ada beberapa permainan yang lain tidak sempt dijamah kerana kesuntukan masa dan tuntutan perut yang lapar.
Hasni dan Shafiq kesayangan mama-mama
Aufa dan Shamir kesayangan auntie-auntie
kami sungguh lepak berjalan,terpaksa berehat sekejab
penat sungguh berjalan mencari medan makan
selepas makan di sebuah restoran mapley, kami menyambung aktiviti kesengsaraan dengan memasuki rumah salji.barulah saya tahu derita warga Asia beriklim khatulistiwa yang pergi ke negara yang beriklim sejuk..tapi, kenapakah orang rumah salji tu bagi aiskrim kepada semua pengunjung?..ada sesiapa boleh jelaskan situasi ini?mane tahu ade teori sains bersangkutan dan norma penduduk iklim sejuk menikmati aiskrim?
antara gambar di rumah salji yang ditangkap secara curi-curi
dan lagi sekali..
selingan:mereka bukan yang disangka difikiran anda,tapi kasih-sayang mengatasi segalanya..hehe.(gurau je geng)
gambar-gambar yang menarik tempoh hari diambil oleh freelance photographer ini...hehe..promo sikit
nota:ok itu sahaja..jika terasa kecik hati dengan bahasa dan gambar yang digunakan, harap maaf..tujuan saya hanya untuk bergurau..:)
biler la aku nak sampai genting ni...
ReplyDeletejangan khuatir syafiq kadiran, kamu pasti kesana suatu ketika nanti....kumpul duit dari sekarang..haha..:)
ReplyDeleteakak pernah naik benda 2.rasa nak tecabut nyawa.elok sangat la bagi banduan naik...
ReplyDeletebetulkan kak maslia...sungguh mengharu+seram+gerun+kan..sume perasaan bercmpur baur time nek bnde tu.... kemudahan ni ptut letak dkt penjara2..sape2 nk nek sile g mlawat pnjara...huu
ReplyDelete