salam, entri ini saya kongsikan dan dipetik dari yahoo .ia mengenai perkara yang patut dielakkan ketika menggunakan laman sosial facebook.
1. meletakkan tarikh lahir anda - tak kisahlah anda mahu letakkan juga, manalah tahu anda seorang yang suka akan perhatian dari orang lain dan berharap menerima kejutan pada hari kejadian anda tapi sebaiknya dielakkan atau sekurangnya meletakkan bulan dan tanggal hari kerana seseorang yang berniat jahat boleh cuba mengakses akaun bank atau kad kredit anda dengan menggunakan informasi tarikh lahir.
2. privasi; limitasikan data diri anda - hadkan perkongsian tentang gambar, tarikh lahir, informasi keluarga anda hanya kepada kenalan anda. boleh meminimakan peratus data diri ada dicabul.
3. tag nama anak anda? fikirkan. - seeloknya jangan sesekali tag nama anak anda, bini anda, atuk anda atau yang sekutu dengannya. kalau di tag oleh orang lain, minta dengan budi bicara supaya membuang.
4. nak tinggalkan rumah, perlu ke pos dekat page ? - jangan ya anak-anak, ini semacam klu kepada penchuri-penchuri untuk menchuri barangan yang boleh dichuri di rumah anda.
5. engin cari gali mukabuku anda - bagi mengelakkan ajnabi dari menceroboh laman utama anda seterusnya menambah anda sebagai kenalan mereka, harap anda menggunakan privasi di facebook ini dengan hanya membenarkan rakan sahaja untuk hasil cari gali facebook atau bahasa london; only friends for facebook search result
6. facebook hanya dibenarkan untuk 13 tahun dan keatas. - jika ada anak anda yang dibawah had umur, seeloknya gunakan email anda untuk mengawasi dari jauh apa aktiviti yang mereka buat. yelah, kalau kotak noti penuh, kotak email pun penuh.
7. jangan guna kata laluan yang mudah - mudah disini bermaksud lemah. lemah dalam erti kata lain, senang diketahui oleh orang lain.
renung-renungi dan selamat beramal
Thaks fot the information
ReplyDeletewelkam penelusur hidup.
ReplyDelete