Monday, May 10, 2010

Di mana aku?

salam,
sudah lama tidak menulis entri baru..
akibat kesibukan dan beberapa tragedi yang mengubah persepsi minda dan suhu perasaan.
alam jagat turut menyapa lesu ketika kondisi petang ini tampak sembam.
masyarakat hari ini makin ligat.
tertunduk pada paradigma songsang.
si kapitalis nafsu mendesak akal.
aku turut tertipu. owh puakanya.
senang sungguh diri diperkotak-katikan.
sahsiah didasar selaras tetek bengek mimpi palsu duniyawi.
puak manusia dihipnosis dengan kuasa ajaib modenisasi rapuh.
benar kata Nabi S.A.W, mafhumnya, iman kita bertambah dan berkurang.
kita tanpa segan silu melakukan tegahan, menjauhi suruhan.
justifikasi menghalalkan cara.itu takpa.ini takpa,darurat.daruratlah sangat.
ketika orang sekedar angkat takbir ketika tergelincir matahari Jumaat ataupun sedihnya cumaan pagi lebaran.
ataupun paling kasehan pernah mengangkat takbir ketika kelas fardhu ain dahulu.
solat diketepikan dengan fakta tuntutan kerja.
luak sangatkah masa untuk solat? bukan 50 kali.cuma 5 kali sahaja.
barangkali mutu kerja akan jatuh.pelanggan lari. alasan dangkal.
baca al-Quran? zikir? dengar tazkirah? kirim salam.
cukup 40 hari jiwa tidak disental dengan peringatan, hati kita menjadi keras.
sungguh hambar rekod iman kita termasuk diri sendiri.
lebihan muzik, air peram, wanita dituju untuk mencari hiburan.
pelali ketenangan katanya.
bila disaran kembali padaNya, dilabel jumud.ortodoks.
kemutuan hidup dipentingkan berkiblatkan orientalis.
barulah Amerika, barulah global!!katanya
kesahihan disangsikan.
kesangsian dimurnikan.
islam diwayang kulitkan untuk mencapai kepentingan diri sendiri.
sungguh gelojoh mencari nama dan harta atas nama agama.
disebalik tabirnya penuh dengan perilaku pekong.bijak menutupi perjuangan tanpa arah.
dasar knight templar.sejarah diulangi.
kepala pantas betul!!!

p/s: maaf, entri kali ini pasal masalah umat.kalau tak suke jangan bace.tengah geram dengan diri sendiri.azam lepas ini cuba kongsi entri perihal fakta pula. sekian.

No comments:

Post a Comment