Sunday, May 16, 2010

selamat hari pendidik

kerana jasamu begitu berharga..
mendidik anak bangsa yang buta menjadi celik..
memimpin kami yang baru hendak mengenal dunia..
sempena tanggal 16 mei...saya mengucapkan terima kasih dan selamat hari cikguru kepada

- cikgu-cikgu tadika abim al-ummah 6; cikgu ju (lau tak silap), cikgu bini abang man (terima kasih kerana pernah tolong cebokkan saya lepas berak)

- pak cik ( encik norman ); guru mengaji saya.

- cikgu-cikgu di sekolah rendah islam ar-rasyidin; cikgu helmi yang garang, cikgu saleh orang arab (kalau tak silap) yang garang juga suka cubit saya dan cikgu-cikgu wanita semua ( maaf saya suka pura-pura demam sebab nak skip kelas cikgu saleh yang garang jadi saya dapat berehat dengan senang dalam bilik guru wanita.huhu )

- cikgu-cikgu di sekolah rendah islam johor bahru; sekolah yang bentuk saya jadi insan yang ade pedoman sikit.

- ustaz-ustaz di kelas tahfiz masjid uda.

- cikgu-cikgu tuisyen di sekolah kebangsaan kempas time darjah empat.

- kak ida yang cute tapi garang dan besar; cikgu tuisyen saya ketika darjah enam.

- ustaz-ustaz, ustazah-ustazah serta cikgu di sekolah menengah agama kerajaan johor; sekolah yang terbaik!!!

- ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah di maahad johor

- jurulatih bola time dekat maahad (lupa nama); maaf sebab saya tak amek sepakan penalti time final sebab kaki saya kejang (sebenarnya saya takut dan tak yakin diri.huhu)

-pak said yang garang tapi suka belanja saya mee bandung lepas kerja; pomen kereta terkenal kempas- mengajar saya betulkan kereta gaya kerahan jepun.

- cikgu-cikgu di pusat latihan memandu yang suke menegur rambut saya dan mentertawakan saya ketika saya bawak motor naik titi dan tak lepas!.huhu

- pensyarah-pensyarah di kolej universiti linton.

- pensyarah-pensyarah di open uni.

dan semua yang pernah mengajar saya walau satu ayat.

No comments:

Post a Comment