Friday, March 12, 2010

tips memilih kasut



entri kali ni, saya ingin berkongsi perihal kemahiran kita ketika memilih kasut baru untuk dibeli..semuga entri kali ini sebanyak sedikit dapat menyuluh minda anda dalam membuat keputusan memilih kasut dengan lebih tepat dan jitu..tips ini saya kumpul dan selidik daripada majalah-majalah keluarga yang terpileh serta medium elektronik agar betul-betul menepati cita rasa semasa masyarakat.

- pilih kasut ¼ inci lebih panjang daripada kaki anda,pastikan ketika mengukur, anda sedang berdiri

- pastikan kasut anda cukup lebar supaya jari kaki anda tidak kejang ketika memakainya.situasi kejang dapat membantut pergerakan seharian anda.

- seeloknya beli kasut ketika waktu petang, ini kerana pada ketika ini kaki anda mengembang dan anda mampu mendapatkan saiz kasut yang bersesuaian.

- pastikan tumit kasut tidak melebihi ½ inci kerana ia boleh menyebabkan berat berlebihan pada bahagian hadapan kaki anda.

- kaedah tambahan.berdiri atas kadbod dan minta kawan anda melukis bentuk kaki anda.kemudian potong kadbod berdasarkan saiz kaki anda untuk dijadikan ukuran ketika membeli kasut. tips ini boleh dilakukan bagi mereka yang inginkan kesempurnaan dalam membuat keputusan.



bersyukurlah kita dengan nikmat dapat memakai kasut yang selesa dan nyaman....:)

6 comments:

  1. nice sharing...
    tapi kalo kasot tu da limited, saiz plak kecik cikit, mmg sebat tros nyer...
    xd nk paki kadbod..
    hahaha

    ReplyDelete
  2. cm mana la agaknya kalau kena pakai kasut yg dr botol tu ye..huhu

    ReplyDelete
  3. syafiq kadiran: haha..teknik kadbod hanye satu option yg mungkin merupakan plihan terakhir...biasenye owg yg menitik beratkan kesempurnaan saje.:)

    ReplyDelete
  4. hanisah amran:cube anda impikan dan bayangkan..haha

    ReplyDelete
  5. rossoneri: btul2....kreatif sungguh suku kaum benua afrika itu..:)

    ReplyDelete