nota: agak-agaknya 2 buah buku yang rakyat Malaysia baca dalam setahun buku apa? majalah URTV kot tak pun kreko. tapi orang Jepun pun baca manga jugak kan?
“I write to give myself strength. I write to be the characters that I am not. I write to explore all the things I'm afraid of. ” Joss Whedon
Wednesday, April 21, 2010
budaya membaca
Membaca merupakan asas yang penting dalam proses pembelajaran selain menulis, mendengar dan bertutur. dewasa kini, ramai sudah menganggap membaca semacam aktiviti yang "membuang masa".ini kerana pada tanggapan mereka, lebih baik mereka melayari medium internet kerana medium ini dilihat sebagai pemacu dalam pembangunan ilmiah. seiring dengan kemajuan teknologi jalur lebar tanpa sempadan, kita sering melihat di tempat-tempat awam seperti perhentian bas, restoran makanan segera waima perpustakaan sekalipun, rakyat Malaysia lebih banyak mengisi masa mereka dengan melayari internet berbanding membaca buku. ok, apakah yang mereka cari ketika melayari internet? mencari bahan bacaan ilmiah baru? atau menghabiskan masa dengan medium sosial "mukabuku" sambil bermain games farmville, bagi ikn makan, menjawab kiuz rupa paras bakal suami/isteri kita dan sebagainya. mungkin masih boleh diterima akal lagi sesetengah rakyat yang mencari bahan bacaan baru di internet daripada yang hanya sibuk menghabiskan masa merenung "halaman rumah-mukabuku" sambil menunggu komen baru di kotak notifikasi. kajian telah dilakukan terhadap beberapa bangsa didunia perihal purata bilangan buah buku yang dibaca oleh mereka dalam setahun. saya agak terkejut pabila mengetahui bahawa bangsa Jepun menduduki carta teratas senarai bangsa yang rajin membaca. mereka mencatat purata tidak silap 20 ke atas buah buku (jika salah fakta ini, betulkan saya) dalam masa setahun. ini diikuti dengan bangsa Eropah purata 10 buah buku setahun. rakyat Malaysia mencatatkan purata hanya 2 buah buku setahun. dan bangsa Arab kira-kira 1.8/0.8 buah buku setahun. jenis bahan bacaan ditentukan termasuk majalah, jurnal, novel, surat khabar dan ensklopedia. bayangkanlah bangsa Jepun yang sedia maklum maju, masih mengamalkan budaya membaca. mereka percaya, dengan membaca, mereka dapat menangkap input-input dari bahan bacaan dengan lebih berkesan. saya agak sedih kerana rakyat Malaysia yang rata-rata muslim, tidak menyahut seruan membaca. sedangkan kepentingan membaca ini telah termaktub dalam Kalam suci Al-Quran; surah Al-'Alaq. sedangkan membaca merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. tapi bangsa yang majoriti non-muslim pula yang mengamalkannya. mungkin soalan kenapa anda tidak rajin membaca diajukan kepada golongan remaja dan belia, jawapan yang dilontarkan mesti " kita kan sudah hidup dalam zaman IT, kenapa perlu guna method lapuk untuk dapat maklumat?" kepala otak awak!, sedangkan negara maju pun menerapkan budaya membaca sejak dari kecil. percayalah, bangsa membaca adalah bangsa berilmu. kita juga sering lihat di media cetak dan elektronik, iklan kempen membaca sering diwacanakan, namun, bagaimana sambutan rakyat kita?..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku mengaku banyak baca majalah je....
ReplyDeletehuhu..samelah....skang baru ada azam lepas tgok purata org jepun bace buku dlm setahun...kene byk bace buku brbentuk ilmiah..hehe
ReplyDelete