Wednesday, April 21, 2010

tahu pinjam,tahu pulang

Si A = " Weyh, aku takda duitlah.bole pinjam dulu dengan kau?"

Si B = "Bape kau nak gune?"

Si A = "Satu rat je, nanti cukup bulan aku bayar balik"

Si B = "Ok, aku pegang kate2 kau"

cukup bulan......

Si B = "bole ak mintak duit aku skarang?"

Si A = "sorilah, aku tak dapat bayar, duit makan aku pun tak cukup"

3 bulan kemudian..

si A masih tak mampu menjelaskan hutangnya, dengan memberi alasan yang bermacam-macam.

pernahkah anda mengalami situasi dimana orang yang berhutang amat liat membayar kembali hutangnya?. apakah tindakan anda jika sudah kerap kali anda mengingatkan orang tersebut sehinggakan anda sudah bosan dan naik jemu?


semalam ketika saya keluar makan dengan member, kami berbincang pasal orang yang berhutang dan masing2 ada cerita tersendiri. saya taklah nak buka cerita tentang siapa yang masih berhutang dengan saya, atau berapa jumlah duit yang mereka pinjam. tapi saya ingin menyatakan perihal bahaya berhutang ini. bukan saya mengatakan bahawa kita tidak boleh berhutang. akan tetapi, jika masih boleh dielakkan, cuba elakkan dari berhutang dengan orang. cuba anda bayangkan jika ada orang yang ambil sikap sambil lewa tentang bayar hutang. sedangkan dia mampu untuk bayar balik, walau pun tak sedepuk duit, paling b**g*** pun, dia dapat bayar sedikit demi sedikit.kenapa orang yang sedemikian perlu bersikap acuh tak acuh? tak pernah terfikir ke situasi pemiutang mungkin sedang memerlukan duit untuk belanja?. tolonglah bukak minda kita sikit ye tuan2 dan puan2. fikir jangka panjang, jika kita tak sempat nak bayar hutang tu? mungkin kite pergi dulu, mungkin orang yang bagi pinjam tu pergi dulu... ramai orang akan memberi reaksi yang panas jika berhadapan situasi dengan si liat bayar hutang ni. rata-rata cukup marah dengan sikap si liat ni. member2 saya sendiri semalam memberi komen seperti;

shamer: " memang aku nak bagi je kalau orang liat nak bayar ni.geram giler"
(ni reaksi orang yang agak emosi.haha)

shafiq: " kalau kau dah banyak kali cakap tapi die still tak makan saman, memang tak boleh buat ape" ( ni reaksi orang pasrah pulak.huhu)

aufa: "kalau aku, aku memang bagi sekali, tak kesahla" (wah, bukan maen lagi ayat die)

zul: " kalau aku, aku mainkan die balik.tunggu je" (huhu.reaksi yang sungguh berdendam dan berperancangan rapi)

lihat, rata-rata memang akan mengeluarkan respon yang ultra-ganas. sebab lumrah sekarang, orang memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan. bukanlah duit tu segalanya, tapi hampir segalanya memerlukan duit. lihat saja lah fenomena dalam masyarakat kita sekarang, pasal duit, orang boleh berbunuhan, berlaku rompakan, hilang kawan, putus saudara (rebut harta warisan).

nota: kalau nak berhutang jugak, tolong azam untuk cepat2 bayar.takut2 kita tak sempat membayar balik.

2 comments: