Saturday, February 13, 2010

tips memilih kaca mata hitam



sebenarnya saya sudah tak tahu nak tulis apa dekat entri kali ni. tapi tiba² terjumpa tip menarik ni. dengan emosi yang agak rasional, saya pun memilihnya untuk berkongsi dengan semua.

- jika memakai kaca mata hitam didalam rumah, pejabat mahupun dewan, pastikan memilih warnanya lebih cerah.

- pilih kaca mata hitam berbentuk lengkung sedikit supaya melekap ke bahagian muka

-bagi yang gemar melakukan aktiviti lasak, pilih kaca mata yang mempunyai penghalang sinar UV

- seeloknya pilih kaca mata yang diperbuat daripada material yang lebih ringan seperti plastik dan karbon kerana ia lebih ringan dan selesa.

-untuk menghadiri majlis makan malam atau parti, kenakan kaca mata hitam yang mempunyai unsur warna merah atau sedikit oren.

cewah bergaya sungguh mak ngah ni

Saturday, February 6, 2010

prevent H1N1

Since A H1N1 was declared a pandemic in June last year, this plague has caused panic in public places, health care institutions as well as economic sector. Peoples rush to emergency units in hospitals and caution arises when people next to us begin to cough and sneeze.

Adults who are generally having the higher risk of being infected because of they are generally mobile from one place to other place. Those who work in air-conditioned office are easier to be infected due to closed ventilation. Statistics show that pregnant ladies, obese people and the elderly are vulnerable to fatal complications when infected with this plague.

Children have generally lower immunity against infections, thus they are easy prey. They might also be the main agent of infectious virus because they tend to produce more infectious secretion when they fall ill, they are incapable of maintaining high standards of hygiene and stay connect with other adults might help the virus spread.

SO BEWARE OF THE SECOND WAVE!

Wednesday, February 3, 2010

tips pemakanan dan kawalan berat badan

Perancangan gaya pemakanan yang sihat dapat membantu mengurankan berat badan dan mengekalkan berat badan yang seimbang. Tip pemakanan sihat ini mungkin dapat membantu anda.

-Kurangkan pengambilan daging dan lemak yang berlebihan

-makan ayam, ikan, bijirin dan kekacang dengan lebih kerap

-mulakan makan makanan berat dengan buah-buahan segar

-makan dua jenis sayur dalam setiap hidangan

-pilih susu rendah lemak berbanding susu biasa

-pilih keju rendah lemak

-makan roti kaya bjirin

-pilih makanan berpanggang, dibakar, stim atau dimasak dalam ketuhar berbanding makanan bergoreng

-sebaiknya hindarkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman

-lebihkan serat dalam setiap menu anda

-rujuk dan dapatkan nasihat daripada pakar perunding makanan kerana kemungkinan perubahan yang dilakukan akan hanya mendatangkan impak negative sahaja

-yang penting, sekurang-kurangnya 8 gelas air mineral atau air kosong sehari.

Sunday, January 24, 2010

sabtu di KL Sentral

3.00 a.m = masih tidak dapat melelapkan mata akibat komposisi kafein yang tinggi dalam otak.pehal lah tak boleh tidur ni.

6.30 a.m = bersiap awal-awal takut terlelap dengan mandi dan merebus telur separuh masak sambil mengharapkan afiq dah bangun.

8.00 a.m = kejutkan member-member lain tapi hampa. mereka masih dalam selimut.menunggu lagi sehingga matahari panjang segalah.terlelap tiba-tiba.

9.15 a.m = terbangun setelah ditelefon oleh shamir. huh, baru sekarang korang bangun.tak banyak cakap terus ambil barang dan bergegas ke rumah mereka.

10.00 a.m = bergerak ke stesen keretapi tanah melayu francais Batang Benar dengan menaiki kereta Prebet Sapu. pengangkutan alternatif ini dipilih kerana keterlebihan kuantiti muatan untuk menaiki pengangkutan awam halal.(anak-anak, jangan tiru aksi ini ya)
ketika menunggu keretapi sampai dengan muka baru bangun tidur afiq masih belum hilang.

'Fab Four'..(gelaran yang dipinjam daripada The Beatles).

12.30 p.m = sampai di KL Sentral dan bergegas mencari medan selera yang berpatutan. setelah puas meninjau akhirnya ayam goreng Kentucky terpaksa menjadi pilihan kami berbanding shamir dan afiq yang memilih untuk bersantap di isyarat diterima ayam jantan Kenny atau isyarat Kenny diterima ayam jantan,(pilih mana satu yang sedap disebut) setelah melihat draf kewangan yang agak goyah.menikmati pinggan malam bersama uvais dan shafiq.

bilalah peluang untuk makan disini muncul dalam hidupku

menemankan shamir dan afiq ketika sedang menunggu pesanan menu di Kenny terima isyarat ayam jantan.

2.00 p.m = setelah menyelesaikan tanggungjawab, bergegas ke gelanggang makanan KL Sentral berjumpa dengan sepupu shamir bagi mengikuti diskusi tentang 'hidden hand'. sebenarnya bukanlah diskusi secara formal tetapi lebih kepada perbincangan ala-ala sembang di warung kopi.apa yang kami bincangkan nanti di pos pada entri akan datang.


hubungan yang lebih mesra terjalin antara mereka. haha, gurau ja.

6.00 p.m = perbincangan selesai dan masng-masing bergerak pulang.walaupun penat setelah 4 jam melepak sambil mendengar penerangan daripada seorang yang arif tentang pergerakan sulit antarabangsa,perbincangan itu telah membuka minda kesedaran kami tentang perihal globalisasi semasa dan memupuk rasa peduli terhadap apa yang berlaku di Malaysia kini.

anak-anak, jangan sesekali mempraktikkan gaya menyembunyikan tangan sebelah didalam baju (hidden hand) ketika bergambar ya.ini adalah salah satu simbol secret society.

agak-agak nak masuk maghrib = kami sempat berjalan-jalan sekitar kawasan KL Sentral sambil menikmati produk 'makanan laju' keluaran Mc Donald.

shafiq dengan gaya Matthew Bellamy;vokalis Muse,band pujaannya
tengok awek baju ungu tu, saje menumpang publisiti kami.hehe.

waktu malam dingin sejuk mengigit tulang = kami sampai ke stesen keretapi cawangan Batang Benar sambil menunggu Prebet Sapu tadi tapi hampa. terpaksa menaiki teksi untuk balik ke rumah.
suasana sepi dan seram di stesen KTM Batang Benar

p/s:maaf, kebanyakkan istilah dibahasa melayukan bagi tujuan memupuk rasa cintakan bahasa ibunda kepada pembaca.

p/s²:format penulisan entri kali ini sengaja dibuat seperti menulis diari agar informasi dan data dapat difahami oleh pembaca.

Friday, January 22, 2010

Al-Fatihah atas kemangkatan baginda Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail


Seluruh rakyat jelata Johor Darul Takzim serta wilayah jajahan baru sebentar tadi telah kehilangan seorang pemerintah yang adil dan tegas. Sultan Johor, DYMM Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah mangkat pada usia 77 tahun di Hospital Pakar Puteri kira-kira jam 7:15 petang tadi.

Baginda adalah seorang pemerintah yang tegas tetapi adil dimasukkan ke hospital atas sebab gering.berikutan dengan itu, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar yang dilantik sebagai pemangku raja akan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor esok di Istana Besar.

seluruh rakyat jelata Johor dan tanah jajahan amat berdukacita atas kemangkatan baginda.
Al-Fatihah.

Saturday, January 16, 2010

cherish saturday

what a bright-lovely-magnificent atmosphere this morning..after woke up, just open my window widely to allow the freshly energetic of morning air flow enter my room through my window...ah, just quite peacefully, with sounds of birds..ooh my.....suddenly felt annoying..haha....this cranky Saturday, same goes by with another Saturday, don't know what to do first but many agenda were pop-up on my mind... should I start with taking bath? or serve the half boiled egg? or tide up all mess in my room and house? or just continue my sleep?..wah it is look promising....just hope today that i can enjoy and makes things better in my field day...maybe now i just start with make my bed, keep the songs track on.. ooh always love this time.... i wish i have canon s90 now...surely i can snap the photo of the tremendous scenery of morning from my window...haha...always have a day-dreams..mat jenin betullah...but some say angan² mat jenin is a first step to get what we want...mmmmm..after this want always day-dreams lah...haha..


I wish I could get this one......

this D90 quite better but the price is an arm and a leg..huhu

never mind, just keep saving and eat roti every day...hahaha...in fact that in my list there some stuff that I really admire...

+ Canon S90

+ laptop battery; I wish could get asap due to unable to bring my lappy outside my room

+ vespa...haha..bolehka dapat?

+ set of drum..huhu..when I get one, surely my mom bebel

+ Macbeth's shoes...


pewit²

how can I get extra money immedietely?....work?....sell CNIs' products? mmmm,tak ramai orang nak beli sangat...borrow money from my friends?...nanti kau tak mampu bayar balik.... expand business of rempeyek's mak in college?..I'm trying....

Friday, January 15, 2010

azam time cuti sem

tajuk macam gempak je...hahaha...memang dah berazam dah time cuti nanti ade sesuatu yang mesti dibuat.*ok tipu* sebenarnya cuma berangan je..hehe..hari ini tengah² pikir ape benda nak tulis dekat entri baru ni...yang pasti beberapa assignment telah berjaya disiapkan dan tinggal assignment redo jer... 26-27 dah final exam pastu cuti...sebulan tu..huhu..mesti plan dari sekarang apa nak buat time cuti nanti...macam² benda nak dibuat time cuti nanti dah pop-up dari kepala otak ni...kena list down semua ni, manelah tahu cuma hangat tahi ayam je....kalau dah tulis kat sini mesti rasa macam lebih smangat nak buat semua..yalah...dh tulis, pastu ade orang baca tapi nanti kalau tak buat apa yang dah di tulis macam buat hikayat dongeng retorik yang sekadar memanaskan blog je....sambil dengar lagu, tetiba antaranya benda dibawah yang berjaya keluar dikotak pikiran Aman Al-Kempasi

+ habiskan buat lesen kereta+motor;tapi pakcik tukang ajar kereta tu suke cakap kuat²dan abang ajar motor yang garang macam dia je boleh ajar motor sorang kat situ.tapi memang pun



+ cari ramai pelanggan supaya dapat besarkan bisnes rempeyek mak

+ kerja sambilan (kalau dapat), duit poket nak pergi Penang nanti

+ flight to Penang

+ sambung belajar masak dengan mak

+ try komersilkan lepat daun pandan + rendang mak di arena bisnes

+ ketawakan adek sebab tak dapat kerja dekat Mc D...haha..

+ kemas rumah (perlu tulis ke?)saje je nak standing ovation..haha..padahal tak buat pun.oklah ada jugak buat sikit..ceh masih nak standing ovation lagi..

+ jumpa member..dah mesti

+ gain my fitness. ni macam impossible tapi masih ada peluang cerah.nak joging macam mane??? kau asyik tidur je tiap pagi sampai tengah hari!!!...

p/s = asyik tersasul nasi goreng chiken chop jadi nasi goreng chop stick..adoi..tapi nasi goreng chicken chop Dnice sedap..haha..berbaloi lah harganya RM 6.50...


lebih kurang macam ni tapi xde french fries, diganti dengan nasi goreng dan selapisan tomato bersama dua pilihan kuah samada mushroom atau black pepper..